Saturday, April 27, 2013

MALAM MINGGU PENUH BERCAHAYA

Malam minggu, penuh bercahaya, la ni pulak 16 JamadilAkhir 1434, malam ni bulan mengambang penuh, kesempatan untuk memasang bendera, malam ni petugas pakat keluar ramai, tambah pulak tak hujan malam ni ramai turun mai, Dik Men dari Matang Kerai pun mai, dia mai nak dengar calon bebas ceramah, saja mai dengar dia habag, ramai jugak mai dengar dia kata, semua ahli UMNO yang masih lagi bersama dengan Dato` Sharif, memang depa nak pangkah bebas tahun nih...., kami juga terima tamu Man Belon pupu Dr Mazlan hat lawan DS Anwar Ibrahim. Man Belon memang Penyokong tegar PAS.  Dulu Dr Mazlan juga selalu sangat dok mai sini dari sebelum kawan sampai lah semasa dia masih bersama PAS kerana mak sedara dia juga sedara mara kami.  Pakat cerita riuh rendah kat balai Islam, sambil dok rengke bendera tanpa sebarang upah. Sukarela.  Pak Lang dan Pak Cik Aq orang lama pun ada. ceria sungguh.tambah pulak kena teh tarik spesial Pak Cik Aq, cerah mata, ceria sungguh malam ni, syukur ya Allah, kurniakanlah kemenangan kepada Parti Islam Semalaysia, semoga Hukum Allah di daulat... Amin

susun bagi nampak elok


Sampai atas kepala boh bendera. Yang kat skrin dok tayang video2 keislaman dan kreativiti sahabat2 untuk dijadikan idea. Alunan nasyid dan ceramah sentiasa mengiringi kami buat kerja di sini.... Alhamdulillah semoga usaha memertabatkan Islam yg syumul sentiasa menyucikan jiwa-jiwa kami.

Bendera PAS memang spesel. Boh kot mana pun tak terkalih. Mungkin itulah rahmat Allah mengurniakan ilham kepada pemimpin terdahulu untuk menggunakan lambang bulan purnama ni. Cerah malam ni disirami cahaya bulan purnama di langit dan bendera bulan purnama di Balai Islam Ad-Din (sempena nama Arwah Tok Wan Din pemilik tanah yg diwakafkan ini) Semoga Allah memberikan pahala berkekalan kepada Tok Wan Din yang kami sayangi.

No comments:

Post a Comment