Selepas Asar. Ketika ini suhu mencecah 51 darjah celcius. Jemaah AzZuha di bawa ke kawasan sekitar masjidil Haram. Mungkin bagi yang pertama kali menjejaki kota suci ini, saat ini adalah amat ditunggu-tunggu. Di sini admin ingin berkongsi lagi sedikit catatan admin di sana.
Kelihatan wakaf-wakaf ini adalah hajj information centre. Di sini ada
juga diletakkan beberapa kerusi untuk orang awam berehat sebentar kerana
hotel-hotel terletak agak jauh. Di sini juga diletakkan tong air untuk
minuman.
Uncle ni jual gandum untuk orang ramai tabur sebagai mkanan kepada
merpati. Mereka akan dihantar dengan van dan ditentukan lokasi untuk
jualan masing-masing. Semuanya di bawah terik mentari (panas lit-lit
kata orang utara) tapi mereka relax saja.
Ada cahaya di hujung lorong. Gambar ini diambil depan sikit dari lokasi
merpati tadi. Kelihatan Masjidil Haram di hadapan dan kelihatan juga
kren-kren yang sedang berkerja (24 jam) menyiapkan kerja-kerja pembinaan
dalam Masjidil Haram.
Pekerja perbandaran sedang membersihkan kakilima kedai dengan air (lebih
kurang pukul 8.00 pagi). Basuh pun sekejap je kering sebab panas.
Ketika admin lalu kawasan ini semasa nak menunaikan solat Asar semua
jubin telah dibongkarkan dan diganti baru. Persiapan untuk menyambut
musim haji kot. Kedai tepi tu adalah farmasi. Admin sempat juga
berbelanja kat farmasi tu.
Kata orang aiskrim kat Mekah sedap. Tengok... baru jer bertukar tangan
dan mula cair. Apa tunggu lagi. cepat-cepat lah masuk dalam mulut.
Disebabkan cuaca panas dan makan berebut-rebut agar tidak cair memanglah
sedap. Hmm rasanya berbeza sikit sebab memang macam "pure fresh milk". "... ok... sedap.."
Jemaah Az-Zuha sedang menunggu rakan-rakan yang berminat untuk ziarah dalaman sekitar Masjidil Haram.
Inilah escalator untuk ke
ruang solat di atas. Ruang diatas lebih selesa dan bersih dan boleh
melihat dengan jelas Kaabah.
Lorong halaman Masjidil Haram sebelah tempat Sa'ie boleh kelihatan
Istana di atas Bukit Khubais, Menara jam dan Masjidil Haram. Semasa
bergambar, seorang jemaah Arab menunjukkan admin ke arah ini. Beliau
membuat isyarat supaya admin rakamkan sudut ini. Memang satu gabungan
yang menarik.
Kren di luar tempat sa'ie.
Zam-zam untuk minuman dimerata sudut. Pili ini disambungkan terus ke
telaga zam-zam. Rasa air zam-zam di mekah sangat sedap...
segelas memang menyegarkan tekak yang kehausan... itulah
dinamakan "ni'mat" Allah itu maha luas.
Lokasi untuk mengambil kerusi roda wakaf percuma di Masjidil Haram.
Kawasan yang terkepung itu. admin sempat menjengah, terdapat beberapa
kerusi roda yang sepatutnya penuh. Mutawif memaklumkan bahawa untuk
mengambil kerusi roda di situ jemaah boleh menunjukkan "kad jemaah" dan
boleh menggunakannya selama mana selagi berada di tanah suci. Kad akan
di kembalikan apabila kerusi roda dikembalikan.
Tapak rumah Abi Lahab di jadikan tandas. Kelihatan di belakangnya
kren-kren yang berkerja di dalam Masjidil Haram. Gambar ini di ambil
dari Maktabah/ Maulid Nabi iaitu tapak bekas rumah kelahiran Nabi SAW
yang dijadikan perpustakaan/ maktabah. Walau bagaimana pun tiada bukti
sahih berkaitan lokasi ini. Cuma kita boleh mengenangkannya sebagai
sejarah yang terakam dalam lipatan masa dan tidak luluh dek kemodenan di
sini.
Papan tanda menghalang dari perkara-perkara kurafat.
Di bawah ini yang paling kanan ialah pekerja maktabah dari Myanmar.
Beliau sudah hampir 10 tahun disini dan di lantik sebagai jurucakap
bahasa Melayu. Semasa kami berlegar-legar di kawasan maktabah mendengar
penerangan mutawif, beliau memanggil "Malaysia... Malaysia.. sini..
sini.." sambil menghulurkan satu buku kecil "Doa Menyeluruh" yang ada
terjemahan bahasa Melayu. Buku kecil itu mengamdungi petikan doa-doa
dari al-Quranul Karim. Syukran... syukran...
Kawasan lapang di antara maktabah dengan tandas ini dulunya adalah Wadi
Bani Hashim iaitu perkampungan keturunan Bani Hasyim iaitu keturunan
Rasulullah yang kita sayangi dan rindui.
Pintu masuk ke tempat sa'ie dari Jabal Khubais
Puncak bukit Safa. Kini kita akan memanjat separuh bukit yang telah
diliputi dengan jubin. Agak licin juga bagi jemaah muslimat yang hanya memakai stokin.
Jika berkesempatan bolehlah membeli stokin ala-ala ballerina (kasut
ballet) yang ada dot-dot getah. Lebih lekap bagi yang agak berusia.
Masa'a tu maknanya tempat sa'ie
Mataf pula maknanya tempat tawaf
Miqat umrah di Tana'im bagi penduduk Mekah. Kami datang ke sini dengan
teksi yang berhimpit mcm sardin. Agak-agak 30 minit jugak la nak ke
sini
Menara Masjid Siti Aishah Tana'im. Indah tapi dalamnya agak tidak terjaga. Kotor dan berhabuk.
Information centre kat masjid Tana'im.
No comments:
Post a Comment