Sunday, July 17, 2011

PERISTIWA BULAN SYA`BAN MENJEJAKI RAMADHAN

Setiap bulan dalam bulan-bulan Hijriah terdapat peristiwa-peristiwa yang tersendiri berkait dengan kehidupan umat Islam. Lebih penting peristiwa-peristiwa di zaman kehidupan Rasulullah SAW bersama para sahabat. Ini kerana zaman kehidupan Rasulullah SAW sebahagiannya adalah zaman penurunan wahyu. Selain itu, Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik bagi umat Islam; seterusnya para sahabat r.a. yang mendapat didikan secara langsung daripada Rasulullah SAW.

Antara peristiwa penting yang berlaku di dalam bulan Sya'ban adalah:

1. Berlaku pertukaran kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Mekah pada 15 Sya'ban.

2. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun ke-5 hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam dan ramai yang telah menjadi tawanan termasuk anak perempuan Bani Mustalik. Rasulullah SAW telah telah mengahwini Barrah yang kemudiannya ditukar nama kepada Juwairiah. Melalui perkahwinan ini juga telah memberi kemenangan besar kepada Islam.

3. Perang Badar yang terakhir:

Peperangan ini telah berlaku pada tahun keempat Hijrah. Oleh kerana cabaran yang dibuat pihak musuh itu, Rasulullah SAW bersama 1,500 tentera Islam keluar untuk memerangi mereka. Namun tidak seorang pun pihak musuh ditemui kerana Abu Sufian telah pun mengarahkan tenteranya berpatah balik. Alasan mereka berpatah balik adalah disebabkan berlaku musim kemarau yang panjang, jadi tidak sesuai untuk berperang.Maka, tidak ada pertumpahan darah berlaku pada peperangan tersebut.

Peristiwa-peristiwa (sirah) ini mempunyai banyak pengajaran yang boleh dijadikan contoh tauladan sepanjang hidup kita dan generasi mendatang. Kerana kehidupan adalah bagaikan pusingan roda yang sering berputar. Mungkin peristiwa tesebut tidak sama 100%. Tetapi ada unsur-unsur kehidupan yang boleh diambil untuk dijadikan panduan dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Oleh itu, di dalam Islam Sirah Nabawiyah adalah antara sumber rujukan syariat Islam. Bahkan sejarah-sejarah para sahabat, tabien dan khulafa' serta salafus soleh juga perlu diketahui supaya tidak terpedaya dengan pelbagai penyelewengan ilmu pada zaman sekarang.

4. Sya`ban menjejaki Ramadhan
penghayatan Sya’ban juga kita nobatkan sebagai mengiktiraf bulan Islam di samping strategi menolak pengiktirafan ke atas bulan-bulan Masihi yang menjadi keagungan umat Islam kini. Marilah kita sama-sama menyambut dan menghayati ketibaan Sya'ban dengan penuh keazaman untuk menambahkan amalan kita. Disamping itu, dengan penuh pengharapan kepada Allah SWT untuk kita sampai ke bulan yang seterusnya- Ramadhan al-Mubarak.

KEMATIAN SERIKANDI PEJUANG ISLAM DI MALAYSIA

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily. -Hrkh


TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957

UMUR: 54 TAHUN

TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK

PEKERJAAN: DOKTOR

LATAR BELAKANG AKADEMIK:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH
2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
3. KOLEJ ISLAM KLANG
4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)
5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST

KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM
2. EXCO PERSIAP UKM

PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.

KEGIATAN DALAM PAS:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL

JAWATAN SEKARANG : AHLI PARLIMEN TITIWANGSA