Wednesday, April 17, 2013

JAGA-JAGA TAKUT NANTI BERITA CALON YANG TAK NAIK NAMA SABOTAJ TU NAK KABURI MATA AHLI PR SUPAYA TAK BUAT KERJA

Gelombang Biru dah bertukar jadi 'Gelombang Haru Biru' di Pulau Pinang.. Dua lagi pemimpin BN akan bertanding Bebas dan 70% Bilik Gerakan UMNO lumpuh..


Berikutan dengan rasa tidak puas hati dengan tiga pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang yang tidak tersebarai sebagai calon dalam PRU13 ini Gelombang Biru yang dilancarkan oleh Muhyiddin awal Februari lalu telah bertukar menjadi gelombang Haru biru..

Ini kerana lebih banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang akan melancarkan protes terhadap senarai calon yang bagi PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini yang diketengahkan oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak.

Dua lagi pemimpin BN dari Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan Ketua Pemuda MIC, J Dhinagaran dikatakan sedang menimbangkan untuk meletakkan semua jawatan yang disandang mereka dalam parti dan akan bertanding sebagai Calon Bebas.

Tiga demonstrasi telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong-penyokong UMNO yang mana pemimpin mereka samada telah digugurkan atau tidak tersenarai sebagai calon.

Difahamkan 70% Bilik Gerakan UMNO telah tidak berfungsi berikutan dengan tindakan petugas yang kecewa kerana calon mereka tidak dipilih..

Sumber dari pihak tertinggi UMNO mendedahkan Kawasan Parlimen yang terlibat ialah Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.

No comments:

Post a Comment