Friday, April 26, 2013

Calon Bebas Dun Sungai Dua dan Parlimen Tasek Gelugor menghantui BN

Calon bebas DUN Sg. Dua yang dulunya adalah ahli Parlimen BN. Dlm PRU yang lepas BN janji bahawa kerusi beliau diberikan kepada Tan Sri Nor dgn jaminan untuk PRU13 kerusi itu berbalik kepada beliau. Tapi janji BN tinggal janji.  Hampa tengok gambar ni, BN buat hantu tepi gambar Calon Bebas, budak-budak pun gelak tengok hantu tu, kata sorang penduduk ... dia kata anak dia gelak tengok hantu BN, hampa tengok nih............  Baju hujan cap kati (BN bagi free) yang kesian pulak tu depa lekat muka DS Najib. Kesian la pulak Pak Tam tengok tapi kalau pi buang muka DSNajib depa kata Pak Tam nak sabotaj depa. Biaq la depa pikiaq sendiqi. Pak Tam nak pi pebetoi bendera PAS yang depa sengaja selak naik tu. sengaja depa sangkut kat kawad duqi. Banyak kali dah depa buat macam tu. Tapi org PAS ni jenis sabaq. Depa sangkut kita pebetoi, depa cabut kita pasang balik, depa koyak kita lekat balik. Hat depa punya kita jangan sentuh, bukan apa takut kalau ada panau melekat pulak kat kita. Pak Tam dengan kawan-kawan tak la kisah sangat kalau depa sangkut macam tu pasai bendera pas hang kalih kot mana pun dia dah tak kalih dah. Kot mana pun bulat dan terbaik sokmo.


No comments:

Post a Comment