Friday, April 26, 2013

KETUA DEWAN ULAMA PAS PULAU PINANG IMAMKAN SOLAT JENAZAH, TAKZIAH KEPADA KELUARGA YANG MENINGGAL

Kemarin 25 April 2013 bersamaan 14 Jamadil Akhir 1434h ... Abang Din dapat call bagitau Jiran Abang Din, Ani Razak meninggal dunia.  Innalillahiwainnailaihirajiun.. AlFatihah buat Allahyarhamah yang sekian lama menderita penyakit kencing manis di usia masih muda.  Abang Din selalu peringat diri dan ingat sangat pesanan ustaz yang beri kuliah di Balai Islam Ad-Din bahawa "Sakit itu adalah pembersih dosa-dosa." Semoga Allah mengampunkan semua dosa allahyarhamah.

Alhamdulillah, keluarga meminta supaya urusan pengkebumian disegerakan. 6 petang jenazah sampai dan selepas saudara mara dan jiran dibenarkan menziarah, jenazah dibawa terus ke masjid Al-Marawi untuk diembahyangkan. Kena pulak laaa niii musim pilihan raya calon pakat mai calon Bebas mai, calon BN mai, calon hat bang Din sokong pun mai, calon PAS la Cikgu Hadi dan Datuk Rahman Maidin...

Calon PAS pulak mai bukan sorang dengan Imam dan makmum solat Jenazah sekali, dia pulak tunggu sampai solat jenazah dan ikut sama solat.  Solat jenazah diimamkan oleh Ustaz Soid ketua dewan Ulama PAS negeri Pulau Pinang, masyaallah beruntung sungguh. Semoga ruh insan ini  di tempatkan bersama orang-orang yang soleh...

Ustaz Soid turut mengangkat jenazah untuk di kebumikan
(sorry gambar tak clear)

No comments:

Post a Comment