Inilah ISTANA yang terletak di sebelah tempat sa'ie di atas Bukit Khubais.
Lorong halaman Masjidil Haram sebelah tempat Sa'ie boleh kelihatan
Istana di atas Bukit Khubais, Menara jam dan Masjidil Haram. Memang satu gabungan
yang menarik.
TAPAK RUMAH KEDAH ATAS BUKIT KHUBAIS
Kelihatan di hadapan adalah bukit yang menempatkan Rumah Kedah. Nak tahu
kenapa dinamakan RUMAH KEDAH? ringkasan cerita di bawah menceritakan
sejarah yang akan luput tak lama lagi sebagaimana lenyapnya Rumah Kedah
dibongkah oleh Kerajaan Arab untuk pembesaran Kota Mekah.
Dipetik dari Minda Ahad. wordpress:
Kisah sejarah Raja Syarif Hussin yang diusir oleh kaum Arab Saudi dari Mekah pada tahun 1819 masihi adalah dirujuk. Syarif Abu Bakar Syah
Yang Di Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah Kheag Tesh telah
menghantar tentera Benua Siam Kedah untuk mencari Raja Syarif Mekah yang
telah diusir oleh mereka dengan pertolongan Inggeris. Arahan ini dibuat
kerana tali kekeluargaan semenjak dari zaman baginda Rasulullah SAW dan
dari keturunan yang sama iaitu Bani Hashim. Tentera baginda mendapati
Raja Syarif Mekah selamat berada di sempadan di gelar dengan bahasa
Siam, Jordan. Maksud jordan (jour-dan) ialah duduk di sempadan, iaitu
sempadan negeri Mekah. Salasilah mereka inilah membawa kepada Raja
Jordan hari ini, Almarhum Raja Hussain Jordan.
Pada tahun 1770 masihi Syarif Abu Bakar Syah (nama penuh), Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah telah membina tiga istana di Bukit Jabal Khubis Mekah
di zaman Raja Mekah Syarif Hussin. Baginda Syarif Abu Bakar, Yang Di
Pertuan Yang Maha Mulia telah diberikan tapak tanah istana tersebut
berikutan pembahagian harta pusaka keturunan Bani Hashim (dari Sharifah Mariam Syed Jamal Al Jeffri). Selain dari tapak istana, baginda juga diberikan hadiah-hadiah lain termasuklah sebilah pedang.
Dua buah istana digelar rumah Kedah,
1) Istana pertama, tempat bersemayam Syarif Abu Bakar
Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia, Benua Siam Islam Kedah sewaktu
megerjakan haji ke tanah suci Mekah.
2) Istana kedua, tempat bersemayam adik ipar Syarif Abu Bakar Syah Yang Pertuan Yang Maha Mulia Benua Siam Kedah iaitu Paduka Seri Bungsu Sultan Muhammad Jiwa Nai Nal Adilin
(Zainal Abidin), yang juga menjadi Perdana Menteri Benua Siam Kedah.
Permaisuri baginda pernah menjadi Raja Perempuan Ayuthia bergelar
Phunimtharaja.
Sebuah istana digelar Rumah Legeh
3) Istana ketiga tempat bersemayam anak saudara baginda, Laksamana Datu Sultan Tunku Long Putera, Raja Legeh sewaktu remajanya baginda menuntut agama Islam disana.
Ketiga-tiga Istana tersebut dan kawasannya di Bukit Jabal Khubis Mekah
di ambil alih oleh Kerajaan Arab Saudi dan memberi pampasan kepada waris
yang dikenalpasti.
No comments:
Post a Comment