Friday, December 14, 2012

ROMBONGAN BALAI ISLAM ADDIN BERSAMA AZ ZUHA TRAVEL & TOUR KE ACEH

Salam... lama Admind balai islam tak bersiaran.... bukan tak dak modal, tapi tak dan nak catata, ALhamdulillah petang ni nak kongsi sikit gambar, kami bersama rombongan Az Zuha Travel merantau ke Aceh.... dengan sapa lagi kalau tak bersama Ustaz Zul, Hj Ishak, dan paling Istimewa bersama Ustaz Hasan Razak. ni ada satu dua gambar sila la.... tengok, kalau teringin nak pi, cuba pi tanya tengok ustaz Zul


Bersama anak Yatim di Aceh, salah seorang anak yatim tsunami ini diselamatkan oleh tentera yang jumpa dia dalam peti Ais, keluarga dia semua mati



Anak Yatim di Markaz Al-Islah, Tengku Hj, Bulqainy minta bagi motivasi kepada anak-anak yatim ini, ada di kalangan mereka yang ibu bapanya terbunuh di depan matanya sendiri semasa konflik tentera terhadap Gabungan Aceh Merdeka



Warga Balai Islam Ad-Din di masjid Raya Baitul Rahman, Banda Aceh


Kapal Atas Rumah, Tinggi Wooooo......



Gambar berlatar belakang LTD Apung, yang berat dia 46 ribu tan, hanyut 5 Km dari pantai ke tempat ni, dahsyat ...... Ini Kuasa Allah....



 Ustaz Hasan dan Isteri bersama ketua Majlis Permusyawaratan Ulama, Aceh....

Tahun depan balai Islam nak buat rombongan lagi, kalau ada rezeki nak pi belah tempat kelahiran Buya Hamka dan tempat kelahiran Seikh Tahir Jalaluddin, belah Padang dan pekan baru






Monday, August 13, 2012

Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian zakat dan Bantuan Hari Raya

Alhamdulillah.... Balai Islam setiap tahun dapat menganjurkan majlis berbuka dan penyampaian bantuan dan zakat.... tahun inipun sama... tergambar kegembiraan di wajah penerima...

Majlis yang dimulakan dengan ucapan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang, Al-Fadhil Ustaz Soid Mohd. Amin





Selesai Ucapan dari Ust. Soid, barulah diagihkan bantuan




Menerima bantuan dengan penuh rasa kesyukuran

Manakala Muslimat dan Muslimin Menyediakan Juadah berbuka

Sebelum berbuka di adakan bacaan tahlil dan doa

Mudah-mudahan program ini akan berkesinambungan..........Amin.....



Wednesday, August 8, 2012

Pecutan Akhir Ramadhan

Assalamualaikum ..... Apa Habag semua...., kami harap semua sihat apa lagi dok sepuloh malam akhir ramadhan..., Tak boleh dok ...lengai dah..., jangan dok ralit dah..., carilah malam hat lebih baik dari seribu bulan tu.... jom kaihs.....


Wednesday, August 1, 2012

image0019.jpg
(Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui)

BEBERAPA PERISTIWA DIBULAN RAMADHAN

BULAN DITURUNKAN KITAB-KITAB ALLAH

Bulan Ramdhan adalah bulan diturunkan Al-Quran (Nuzulul Qur`an) sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 185 :

Pada bulan Ramadhan itu diturunkan padanya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.

Mufassirin dan Muhaditsin meriwayatkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.

Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.

Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
PEMBUKAAN KOTA MEKAH

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir.

Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah.

Penduduk musyrikin menjadi takut tanpa sebarang persiapan mereka gerun dan mengikut arahan dari Rasulullah bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian sekiranya mahu selamat.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
Sebahagian mufassir memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Baca juga di sini. (klik)

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK

Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN

Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA

Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF

Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL

Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL

Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ

Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL

Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Wednesday, July 25, 2012

TV Muslimah Solehah

"

Sekian lama hak mereka dirampas untuk mengambil bahagian dalam acara di tv sambil memakai purdah, sebuah saluran TV baru di Mesir telah memberikan kesempatan kepada wanita berpurdah untuk tampil di hadapan awam.

Abeer Shahin, pengurus saluran tv itu, mengatakan bahawa wanita boleh berkembang untuk kemajuan masyarakat. Demikian ungkapnya kepada Reuters sebagaimana dilaporkan oleh onislam.net, pada hari Isnin 23 Julai yang lalu.

"Tidak, dia boleh menjadi doktor, seorang profesor, dan jurutera."

Lulus dari Universiti Amerika berprestij di Kaherah, Shahin telah bermimpi menjadi penyiar TV. Tapi harapannya tidak pernah wujud kerana dia memakai purdah. Namun sekarang, mimpinya menjadi kenyataan setelah sebuah saluran TV secara eksklusif dikendalikan oleh wanita bertudung ke udara pada awal Ramadhan minggu ini.

"Saya diberitahu bahawa mereka (penyiar TV memakai niqab) tidak akan dapat bekerja kerana bahasa tubuhnya," Shahin, mengenakan jubah hitam longgar dan purdah hitam, mengatakan.

"Yah, sekurang-kurangnya nada suara saya dapat menyampaikan emosi dan reaksi."

Dilancarkan pada hari pertama Ramadhan pada tarikh 20 Julai Maria TV secara eksklusif dikendalikan oleh muslimah yang memakai niqab. Bertempat di sebuah pangsapuri kecil di daerah Abassiya, saluran itu dinamakan Maria TV, mengambil nama salah satu isteri nabi.
Dari Blog Halimislam

Thursday, July 19, 2012

TAZKIRAH RAMADHAN @ BALAI ISLAM AD-DIN



AHAD



22 Julai 2012
2 Ramadhan 1433
Ust. Zulkifli Ishak
29Julai 2012
9 Ramadhan 1433
Ust. Muhammad
Arshad
5 Ogos 2012
16 Ramadhan 1433
Ust. Moin Hashim

12 Ogos 2012
23 Ramadhan 1433
Ust.Sobri Hanif

ISNIN



23 Julai 2012
3 Ramadhan 1433
Ust. Yusdi Md. Piah
30Julai 2012
10 Ramadhan 1433
Ust. Roshidi Husin
6 Ogos 2012
17 Ramadhan 1433
Ust. Marzuki Yusof
( Nuzul Al-Quran)
13 Ogos 2012
24 Ramadhan 1433
Ust. Suhaimi Abdullah

SELASA



24Julai 2012
4 Ramadhan 1433
Ust. Mohd. Asri Md. Rejab

31 Julai 2012
11 Ramadhan 1433
Ust. Ellias Mohd
7 Ogos 2012
18 Ramadhan 1433
Ust.Badrul Abdul Rahman

14 Ogos 2012
25 Ramadhan 1433
Ust.Shafirol

RABU



25Julai 2012
5 Ramadhan 1433
Ust. Solhi
1 Ogos 2012
12 Ramadhan 1433
Ust.Asri Ghazi

8 Ogos 2012
19 Ramadhan 1433
Ust. Taufik

15 Ogos 2012
26 Ramadhan 1433
Ust. Hasbul

KHAMIS



26Julai 2012
6  Ramadhan 1433
Ust. Fathurrahman
2 Ogos 2012
13 Ramadhan 1433
Ust. Zulalee

9 Ogos 2012
20 Ramadhan 1433
Ust.Asril

16 Ogos 2012
27 Ramadhan 1433
Ust. Sobri
(Naib. Qadhi)
JUMAAT

 20Julai 2012
Di ambang
Ramadhan
Ust. Zulkifli Ishak

27Julai 2012
7 Ramadhan 1433
Ust. Hasbul
3 Ogos 2012
14 Ramadhan 1433
Ust. Azurin

10 Ogos 2012
21 Ramadhan 1433
Ust. Azwadi

17 Ogos 2012
28 Ramadhan 1433
Ust.Zulkifli Muthalib

SABTU

21 Julai 2012
1 Ramadhan 1433
Ust. Norazman
Kassim
28Julai 2012
8 Ramadhan 1433
Ust. Khairul Fitri
4 Ogos 2012
15 Ramadhan 1433
Ust. Yusof Ghazali

11 Ogos 2012
22 Ramadhan 1433
Tazkirah

18 Ogos 2012
29 Ramadhan 1433
Tengok Anak Bulan

Sunday, March 18, 2012

Suasana Solat Jumaat Di London tak sama macam di Malaysia

Solat Jumaat di Kota London

"

"Mekah di tengah-tengah London". Begitulah tajuk akhbar harian terkemuka British Daily Mail pada hujung minggu lalu.



Laporan tersebut menulis mengenai orang Islam British yang melaksanakan solat Jumaat di sebuah jalan di London. Mereka terpaksa solat di atas jalan kerana ruangan masjid sudah penuh sehingga tidak dapat menampung jemaah yang ramai.

Dalam artikel bertajuk “The Mecca of the city: In a London street, the faithful find a way to pray as their mosque overflows”, harian itu melaporkan ramai yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada Jumaat lalu. Mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar.

jemaah di london

”Perkara itu bukanlah pemandangan biasa di England,” tulisan the Daily Mail.

Dalam bayangan gedung pencakar langit dan ruang kaca serta batu-batu di Mile Square, ratusan umat Muslim berlutut di jalanan melaksanakan solat Jumaat. Kegiatan selama satu jam di jantung daerah kewangan kota London itu ternyata menjadi sangat popular sehingga jemaah memenuhi jalan-jalan di sekitar masjid komuniti kecil.

mekah di london

Pekerja yang memakai uniform bercampur dengan umat Islam dari komuniti Bangladesh tempatan. Mereka terkeluar sehingga ke jalan-jalan di sekitar Bentley dan kawasan letak kereta.

Masjid Brune Street di Spitalfields, London Timur, merupakan masjid terdekat untuk solat Jumaat bagi pekerja. Ramai juga jemaah yang datang dari Brick Lane dan Whitechapel. Pekerja-pekerja profesional mengisi jalan di bawah bangunan perniagaan yang menjulang tinggi. Umat Muslim tanpa memakai kasut melakukan solat Jumaat dan bersujud menghadap ke kiblat.

Dalam ruangan masjid yang hanya dapat menampung 100 orang, sekitar 300 umat Muslim yang bekerja di kawasan berhampiran hadir bersama penduduk setempat yang juga ingin menjalankan solat Jumaat. Hasilnya, jemaah solat Jumaat melimpah sehingga ke jalan.

“Ia berkembang dalam beberapa tahun terakhir ini” ujar seorang pekerja yang masih mengenakan pakaian solat Jumaat. “Ramai orang yang merasa terkejut ketika datang ke daerah itu pada hari Jumaat. Kerana, mereka melihat ramai orang berdoa bersama di luar. Mereka melaksanakan solat tepat di tengah Kota London.”


Friday, January 27, 2012

Bicara Dakwah bersama Bob Lokman


Ayahanda (Hj. Ishak) ustaz Zul dan Bob Lokman, Selepas Bicara Dakwah makan dulu sebelum ceramah di Surau Asy-Syakirin Taman Mahsuri, Padang Serai

Bro Bob Menyampaikan bicara dengan penuh semangat, Masyaallah Muaallaf berbaju kuning tu, datang dari paya terubong, tanjung (jauh tu) untuk ikuti bicara dakwah bro.Bob Lokman



Seperti yang dijadualkan pada 26 Januari 2012, Bro. Bob Lokman bersemangat menyampaikan Bicara Dakwah di Balai Islam Ad-Din, Merbau Kudung. Ada sungguh khusyuk mendengar, ada yang kata "awat sat sangat, tak puas dengar, nak dengar lagilah, best bicara dakwah ini, memberi kesan pada jiwa"....
Al hamdulillah .... Terima Kasih Bro Bob Lokman dan semua Jamaah yang hadir........

Wednesday, January 18, 2012

CERAMAH YB FIRDAUS JAAFAR DI BALAI ISLAM AD DIN


Salam..... baru-baru ni, Balai Islam Ad-Din menjemput YB Ustaz Firdaus Jaafar menyampaikan ceramah di Balai Islam Ad-Din, Ramai yang mai..... YB kata :

Orang Umno pesan kat orang Pas yang dapat RM500.00 dari BR1M , hampa ambik Buah jangan tebang pokok. kata orang Pas tu balik, pokok tua dah 50 tahun dah baru nak berbuah, kami tak mau dah, sebab kami dapat benih baru, baka baguih... depa bagi jaminan buah tiap-tiap tahun dapat. melopong orang umno, sambil kata....tu ka..... dalam hati dia kata "Aku pun nak jugak berbuah tiap tahun sapa tak mau"...

Wednesday, January 11, 2012

NI DIA PENJELASAN HUKUM HUDUD

الحمد لله الحَكَمُ الْعَدْلُ اللطيف الخبير له ملك السموات و الأرض و هو على كل شئ قدير و الحمد لله الذي فضل العلماء بإقامة الحُجَجِ الدينية و معرفة الأحكام و الصلاة و السلام على رسول الله أرسله الله بشيرا و نذيرا بين يدي الساعة فأدى الأمانة و بلغ الرسالة و نصح الأمة و جاهد في الله حق جهاده و على أصحابه إمامِ كلِّ إمامٍ و من تبعه و نصره و والاه

Muqaddimah.

1. Hudud adalah hukuman atau pembalasan ke atas penjenayah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt akan bentuk dan jumlah hukumannya dengan nas yang jelas di dalam al quranil karim. Justeru sebagai manusia yang beriman kepada Allah swt dan kitabNya, kita tidak mempunyai pilihan melainkan dengar dan taat terhadap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt.

Ingatlah penegasan wahyu Allah swt kepada kita semua melalui surah al Ahzab ayat ke 36 :

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا مُّبِينًا

maksudnya :

"dan tidaklah layak bagi orang yang beriman samada lelaki atau perempuan, apabila telah ditetapkan oleh Allah swt dan RasulNya akan sesuatu perkara, bahawa ia membuat pilihan yang lain selain dari apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang mengingkari Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan suatu kesesatan yang nyata."

2. Hudud bukan sekadar hukum Allah swt yang telah ditetapkan secara tekstual di dalam al Quran dan kemudiannya dibuku dan dibekukan, tetapi ia suatu ketetapan yang wajib dilaksanakan dalam kehidupan ummat manusia sebagai proses keadilan untuk mengurus dan mengatur kehidupan ummah dari Tuhan pencipta manusia. Lihat ketetapan Allah swt di dalam surah al Maaidah, ayat 49 :

وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ وَلَا تَتَّبِعْ أَهْوَاءَهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِن تَوَلَّوْا فَاعْلَمْ أَنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ أَن يُصِيبَهُم بِبَعْضِ ذُنُوبِهِمْ وَإِنَّ كَثِيرًا مِّنَ النَّاسِ لَفَاسِقُونَ

maksudnya :

"dan hendaklah engkau menjalankan hukuman diantara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah swt dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka dan berjaga - jagalah supaya mereka tidak memesongkan kamu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah swt kepada kamu."

3. Hudud adalah ketetapan syara' yang tidak boleh dipinda atau diubahsuai apalagi dibuang atau diketepikan. Tiada siapa yang memiliki authoriti untuk meminda ketetapan Allah swt hatta Rasul saw sekalipun. Firman Allah swt di dalam surah al Baqarah, ayat 229.

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

maksudnya :

"demikianlah batasan hukum Allah swt maka janganlah kamu melampauinya dan barangsiapa melanggar sempadan hukum Allah swt maka mereka adalah orang - orang yg zalim"

4. Hudud adalah hukum yang berteraskan kepada prinsip keadilan dan hikmah yang sangat besar buat kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Mencerca, menghina dan memperlekehkan hukum Allah ini seperti mengatakan hukum Hudud tidak adil, kejam, primitif, ketinggalan zaman, tidak sesuai di zaman moden, mencetus huru hara dan sebagainya adalah perbuatan yang boleh menggugurkan iman seseorang justeru ia telah memperkecil dan mendustakan Allah swt. Allah tegaskan akibat perbuatan mereka di dalam surah an Nisa' ayat 56.

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِنَا سَوْفَ نُصْلِيهِمْ نَارًا كُلَّمَا نَضِجَتْ جُلُودُهُم بَدَّلْنَاهُمْ جُلُودًا غَيْرَهَا لِيَذُوقُوا الْعَذَابَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَزِيزًا حَكِيمًا

"Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan panggang mereka diatas api neraka. Setiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu dan (ingatlah) sesungguhnya Allah swt adalah Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Insafi juga penegasan Allah swt di dalam surah al A'araf ayat 40 - 41.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

"Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (perintah dan ketetapan) Kami dan yang angkuh (merasa dirinya lebih) daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga lah unta masuk di dalam lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan jenayah."

5. Hudud memberi keadilan dan mengembalikan kehidupan yang sejahtera dan aman. Tidak perlu takut dan cuak kepada hukum Hudud ini kecuali satu golongan sahaja iaitu penjenayah justeru hukum Hudud adalah hukum yang dijatuhkan keatas penjenayah yang telah sabit kes. Non muslim juga tidak perlu takut dan bimbang terhadap hukum Hudud. Mereka tidak dipaksa untuk menerima hukum Hudud jika mereka tidak mahu berhukum dengan hukuman Hudud bahkan mereka kekal di bawah perlaksanaan hukum sedia ada. Firman Allah swt. di dalam surah al Maaidah ayat 42 :

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ فَإِن جَاءُوكَ فَاحْكُم بَيْنَهُمْ أَوْ أَعْرِضْ عَنْهُمْ وَإِن تُعْرِضْ عَنْهُمْ فَلَن يَضُرُّوكَ شَيْئًا وَإِنْ حَكَمْتَ فَاحْكُم بَيْنَهُم بِالْقِسْطِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

"Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

(Kutipan dari Harakah)