Pertindihan Kerusi PR: Penjelasan Presiden PAS
Teks penuh penjelasan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang boleh di capai melalui link ini https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=b_hdPmJZNV0:
"PAS bertindak meletakkan calon di
beberapa tempat kerana mahu menyelamatkan Pakatan Rakyat. Kita tidak
mahu kerajaan kita jatuh seperti di Perak. Memerintah sekejap.
PAS mempunyai jentera yang paling ramai
di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan dalam
pilihanraya tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap
muat, yang boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku, maka
PAS mesti bertindak. Ini berlaku pertindihan.
Di Johor berlaku pertindihan kerana
sebabnya kita tunggu rakan kita datang, tetapi tidak datang masuk calon.
Sampai sahaja masa dia tak hadir, kita perlu bersedia. Takut dia tidak
hadir, Umno menang tanpa bertanding.
Maka hak jual calon ini berlaku. Apabila PAS masuk, baru dia masuk juga. Begitulah ceritanya.
Ada calon-calon yang kita khuatir, tidak
perlu kita sebut. Tukang edar pil kuda, hendak jadi calon macam mana?
Orang PAS tidak boleh kerja calon macam ini. Terang-terang saya sebut.
Orang Keadilan pun tidak terima begini. Mahu jadi calon, dengar cerita
jual pil kuda.
Ada calon yang menjulang gambar Stalin,
macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan PKR dan DAP.
Kita tidak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin (Karl Marx).
Gambar Karl Marx duduk dalam markas, hendak suruh orang PAS kerja. Macam
mana nak suruh orang PAS kerja? Komunis diharam di Malaysia. Sebab itu
menjadi pertindihan.
PAS nak selamatkan PR, tidak mahu jadi
macam di Perak. PAS tetap bersama PR. PAS bertindak untuk memelihara
keteguhan bukan sahaja masa pilihanraya tetapi setelah kita diberi
kemenangan oleh Allah SWT supaya syaitan-syaitan tak boleh masuk dalam
PR. Itu penjelasan saya"
No comments:
Post a Comment