WE LOVE ALLAH FOREVER.. INSYAALLAH
WE LOVE MUHAMMAD RASULULLAH..
THIS IS A STORY ABOUT HISTORY ( HIS STORY..)
Alfatihah BUAT PENGHUNI PERKUBURAN BAQI' MADINAH
PANORAMA BANDAR MADINAH DAN BUKIT MAGNET (MANTHAQATUL BAID- tanah putih) MADINAH
Madinah
al-Munawwarah atau bandaraya moden yang bergemerlapan mempunyai banyak
tempat-tempat bersejarah untuk dilawati. Selain menyimpan khazanah
berharga zaman Rasulullah saw penduduknya juga lebih berlemah lembut dan
sopan. Kawasannya juga lebih teratur, terjaga dan bersih berbanding
Kota Mekah. Mungkin atas dasar masyarakatnya yang lebih bersopanlah
maka mereka menyantuni Rasulullah saw lebih daripada masyarakat tempat
kelahiran Nabi iaitu Mekah. Sesuai dengan namanya ianya pesat membangun
sebagai sebuah bandar moden berbanding dengan Mekah. Pembangunannya
lebih terancang dan sistematik.
Menurut riwayat Rasulullah saw ketika berhijrah beliau tinggal di Quba selama 4 hari dan dalam tempoh itulah Rasulullah mendirikan Masjid Quba bersama para sahabat sementara menantikan ketibaan Saidina Ali yang semasa berhijrah telah menggantikan Rasulullah dengan tidur ditempat baginda. Hari kelima merupakan hari Jumaat Rasulullah telah meneruskan perjalanan ke kota Madinah, Rasulullah SAW tiba di kampung Bani Salim Ibn 'Auf dan ketika itu masuk waktu untuk solat Jumaat.. Terdapat riwayat mengatakan penduduk perkampungan itu telah memohon baginda untuk meninggalkan satu tanda penghormatan di kampung mereka.
Oleh kerana telah masuk waktu solat Jumaat maka baginda pun mengerjakan solat Jumaat di situ bersama dengan 40-100 orang jemaah dan di tapak itu di bina masjid yang dinamakan Masjid Juma'ah. Ada di kalangan jemaah yang bersolat itu adalah saudara mara Rasulullah dari sebelah Bani an-Najjar yang datang bertemu Rasulullah dan dari Bani Amr yang mengiringi baginda dari Quba. Disitulah Rasulullah pertama kali mendirikan solat Jumaat berjemaah secara terbuka bersama penduduk Madinah dan Muhajirin yang bersama baginda kerana di Mekah mereka mendirikan solat Jumaat secara bersembunyi. Setelah usai solat Jumaat di situ Rasulullah terus mengenderai Qaswa (unta beliau) berlepas ke Madinah.
Jalan raya dalam bandar Madinah tidak
dicat tetapi digantikan dengan penanda berbentuk bulat yang ditanam di
atas jalan. Lihat bulatan-bulatan kecil kuning di atas jalan yang
menggantikan cat jika di Malaysia. Mungkin kerana ianya tahan dan tidak
terkambus dek pasir kerana bentukknya yang melengkung seperti "button".
Sebelah kiri
ialah kawasan lapang dijadikan padang bola. Di sini penduduk akan
ber"rehlah" pada waktu malam atau musim dingin. Dalam musim panas
penduduk di sini akan tidur selepas subuh kerana waktu malam yang pendek
dan sejuk mereka akan beraktiviti.
Bangunan-bangunan moden dan komersial banyak terdapat di sepanjang jalan bandar Madinah
Beberapa lokasi riadah yang dijaga dengan baik
Masih pesat dibangunkan dengan bangunan-bangunan menjulang tinggi.
Mazra'ah atau ladang kurma. Madinah
terkenal dengan kurma bermutu tinggi terutamanya kurma ajwa (dikenali
sebagai kurma nabi oleh orang Malaysia). Kurma di tanam di kawasan
wadi/lembah berair/aosis kerana ia memerlukan tanah yang sentiasa
lembab. Ketika bulan Jun dan Julai merupakan waktu kurma sedang masak
yang mana cuacanya amat panas sekali. Semasa admin berada di
sana suhu tertinggi yang dapat admin catatkan ialah 54 celcius.
Gambar atas menunjukkan garisan tunjuk arah dan garisan parking yang ditanda dengan "button".
BUKIT MAGNET
(atau mungkin Optical Illusion di atas kekuasaan Allah jua)
Bila diumumkan bahawa ziarah kedua
akan membawa kami ke Bukit Magnet admin sudah makin teruja. Tidak
ramai rakan-rakan admin yang datang ke sini tidak dibawa ke kawasan
ini kerana ianya terletak agak jauh dari Madinah. admin ingin sangat
merungkaikan misteri yang bersarang di dalam pemikiran admin ini.
Walau pun jika ianya mungkin adalah suatu optical Illusion tetapi ianya memang
menakjubkan.
Bukit Magnet terletak di luar Tanah
Haram iaitu lebih kurang 30km ke arah kota Tabuk. Jika dari Madinah
kedudukan "daya tarikan" kawasan tersebut akan berada di belakang dan bas terpaksa
melawan tarikan graviti seperti mendaki menyebabkan bas tersebut terasa amat
berat tetapi jika kita lihat objek diluar kelihatan kita berada di tanah yang rata. Malah penanda pokok-poko yang tumbuh kuga membuktikan bas bergerak di atas tanah pamah dan bukannya mendaki. Manakala jika ingin kembali ke
Madinah kedudukan pusat daya tarikah graviti bukit Magnet berada di
hadapan dan bas yang admin naiki bergerak pada kelajuan 110km/jam
pada kedudukan "free gear". Kawasan yang diliputi oleh "kuasa tarikan
graviti" bukit magnet adalah lebih kurang 2 km atau lebih. Sempat juga admin menjeling meter dan pedal minyak bagi memastikan pemandu itu
bercakap benar. Ya memang benar, MasyaAllah.. Subhanallah, jika benar ianya suatu kejadian yang dinamakan "optical illussion" yang amat menakjubkan sehinggakan Allah menciptakan suatu lokasi yang jika secara kasar dan logik kita merasakan wujudnya suatu daya kuasa yang aneh sedangkan ianya hanya sekadar sedikit sahaja perubahan pada rupabentuk alam di kawasan tersebut. Allah menjadikan keajaiban ini supaya kita mengkaji kekuasanNya dan tidak hanya percaya kepada kuasa ghaib yang akan menjadikan kita percaya kepada kurafat. InsyaAllah jika ada kesempatan admin akan cuba meminta rakan-rakan yang akan berada disana untuk membuat sedikit ujikaji mudah kerana Allah maha berkuasa.
Suka admin jelaskan di sini "optical illusion" adalah disebabkan
ilusi mata kita akan nampak bukit itu menurun tetapi sebenarnya dalam
kedudukan menaik. Hanya ilusi kita akan melihat seperti kawasan rendah
sebenarnya tinggi tetapi kedudukan asalnya adalah sebaliknya. Dari
pancaindera kasar admin, kawasan tersebut adalah kawasan yang landai
tetapi kemungkinan juga ia sebenarnya adalah kawasan menaik bukit dan
menurun bukit. Kalaulah ada sesiapa yang pergi kesana lagi admin
berharap sangat dapat menrungkaikan misteri dalam kepala admin ini dan bawa penyukat air/ sebotol air mineral yang telah
diminum airnya separuh untuk dibuat alat penyukat. Masa ada di sana admin kalut nak pekena airkrim yang dijual di situ.Almaklumla time panas aiskri tu nampak sedappppppp ja.
Pokok-pokok yang di tanam di kawasan
perkelahan Bukit Magnet kini kawasan ini mula popular di kalangan
penduduk Madinah dan kawasan ini dijadikan kawasan perkelahan mereka dan
ditanam dengan pohon-pohon rendang yang diselia dengan baik.
Tiang tanda sempadan kawasan tarikan graviti bukit Magnet
Sepanjang perjalanan ke bukit Magnet ini para jemaah dihidangkan dengan
jajaran bukit-bukit batu yang terdapat dicelah-celahnya sedikit tumbuhan
rumput-rumput yang kering kerana ketika admin berada di sana adalah
musim panas. Walau pun begitu kegaringan panas tidak menghadkan aktiviti
luar jemaah Az-Zuha yang masing-masing begitu bersemangat menjelajah
seluruh pelosok muka bumi Haramain ini.
Bukit-bukit
bongkah batu yang mengepung kawasan bukit Magnet adalah terdiri dari
mendapan larva gunung berapi. Jika lihat secara biasa gambar yang admin smbil ini adalah pada kedudukan admin berdiri di atas tanah dan kamera yang admin pegang adalah pada posisi paling rata/sama dengan
mengukur kedudukan pokok yang tegak tetapi kedudukan yang menarik
pergerakan objek bergolek adalah ke arah bahagian yang kelihatan tinggi.
Mungkin inilah yang dinamakan optikal illusion yang belum dapat admin jelaskan di sini kerana admin tidak membawa sebarang alat
pengukur.
Inilah kawasan
perkelahan penduduk di sini. Jika kita berkelah di kawasan air terjun
tetapi penduduk Madinah akan berkelah di kawasan ini pada waktu malam
hari. Mereka akan berBBQ, berkhemah dan membuat aktiviti-aktiviti riadah
di kawasan ini.
Subhanallah, mungkinkah
ini suatu ilusi optik yang disebut-sebut di mana secara optikalnya kita
akan melihat kawasan yang tinggi seperti rendah tetapi kawasan
yang rendah seperti tinggi. Sementelah pula kawasan ini kelihatan landai kerana kemungkinan pada kedududukan sebenarnya ianya kawasan menurun dan menaik
bukit yang tinggi pada kecuraman yang rendah kerana jaraknya jauh. Walaupun ianya sekadar ilusi optik tetapi Cik Noor
tetap taajub kerana Allah berkuasa di atas penciptaan yang secara
kasarnya menipu otak kita untuk mentafsirkan maklumat yang dihantar oleh
pancaindera mata ke otak. Jika kita berziarah dengan niat melihat
kebesaran Allah maka kita akan dapat suatu rasa yang tiada suatu ayat
yang dapat menceritakannya. Maha suci Allah yang mengetahui setiap
sesuatu yang diluar kemampuan manusia.
MASJID SAB'AH @TUJUH (PEPERANGAN KHANDAQ @ AHZAB) - MADINAH
Jemaah Az-Zuha
tiba di kawasan peprangan Khandak @ Ahzab. Sebagai peringatan dibina 7
masjid di kubu setiap sahabat dan di kenali sebagai masjid Sab'ah @
Tujuh. Kami hanya dibawa melalui kawasan ini dan melihat tinggalan
sejarah di dalam bas kerana pada ketika kami sampai tiada parking yang
kosong. Jemaah dari muassasah yang lain juga berpusu-pusu turun di
kawasan ini.
MASJID SAB'AH
Masjid
Al-Sab'ah (Masjid Tujuh) terletak di kawasan Jabal Sila' (Bukit Sila')
iaitu di sebelah barat laut Madinah. Walaupun dikenali dengan nama
Masjid Tujuh, namun kini hanya ada sebuah masjid saja yang berfungsi di
kawasan itu yang dikenali sebagai masjid al-Fath (sebutan al-Fatah).
Masjid al-Fath
Menurut
sejarah, Masjid al-Fath terletak di atas Jabal Sila' dan berhadapan Wadi
Buthan (Wadi Abu Jidah). Ia dinamakan Masjid al-Fath kerana menurut
satu riwayat, Rasulullah SAW memaklumkan suatu perkhabaran gembira
kepada sahabat yang datang membawa berita perihal Yahudi Bani Qurayzah.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Bergembiralah dengan al-Fath (pembukaan kota-kota) dan al-Nasr (kemenangan) daripada Allah."
Diriwayatkan
ketika tentera muslimin berada dalam keadaan tertekan akibat dikepung
tentera Ahzab dan ditambah dengan faktor lain seperti kesejukan,
kelaparan serta pengkhianatan Yahudi Bani Qurayzah, Rasulullah SAW
mengerjakan solat dan berdoa di situ selama tiga hari berturut iaitu
pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.
Antara yang
dipohon Rasulullah SAW ke hadrat Allah ialah: "Ya Allah! Tuhan yang
menurunkan kitab dan Tuhan yang menggerakkan awan, kalahkanlah mereka
dan berilah pertolongan kepada kami untuk menghancurkan mereka."
Permohonan doa
Rasulullah SAW diperkenankan Allah pada hari Rabu. Pada malamnya, dalam
keadaan suhu yang amat dingin, Allah menghantar angin kencang yang
memusnahkan khemah dan peralatan tentera al-Ahzab.
Keadaan itu
memaksa mereka menamatkan kepungan ke atas Madinah dan segera berundur
seterusnya pulang ke tempat masing-masing dengan penuh kekecewaan.
Selain itu,
masjid ini turut dikenali sebagai Masjid al-Ahzab dan al-Masjid al-Ala.
Masjid al-Fath mempunyai sejarahnya tersendiri ketika berlakunya Ghazwah
al-Khandaq.
Selain Masjid al-Fath, nama yang
diberikan kepada masjid yang pernah dibina di situ ialah Masjid Saidina
Umar al-Khattab, Masjid Saidina Ali ibn Abi Talib, Masjid Salman
al-Farisi, Masjid Saidatina Fatimah al-Zahra'.
Masjid Saidina Umar bin al-Khattab (tapak kubu Saidina Umar)
Jalan raya di
kawasan inlah dulunya merupakan parit yang dibina oleh Muslimin bagi
menghalang pihak musuh menyelinap masuk ke kawasan pertahanan Muslimin.
Kubu Salman
Al-Farisi. Dalam peristiwa itu, Rasulullah SAW menerima pakai pandangan
Salman al-Farisi supaya tentera muslimin menggali khandaq (parit) di
sekeliling Madinah bagi mengekang kemaraan tentera al-Ahzab (Tentera
Quraisy dan sekutunya) daripada menyerbu masuk ke dalam kota. Strategi
peperangan ini tidak pernah digunakan oleh orang Arab tetapi ianya
digunakan oleh orang-orang Parsi untuk menyekat kemaraan musuh kekubu
mereka. Kubu-kubu ini berdasarkan
kedudukan lokasi perkhemahan tentera muslimin diketuai sahabat
berkenaan semasa Ghazwah al-Khandaq atau al-Ahzab yang berlaku pada
bulan Syawal tahun 5 Hijrah. Tentera Muslimin terkepung dalam cuaca
yang amat sejuk.
Jalan raya
inilah dulunya dipercayai parit yang digali untuk mempertahankan kota Madinah dari
serangan musuh. Selepas selesai menggali parit dalam masa enam hari,
tentera muslimin dibahagikan kepada beberapa pasukan kecil berserta
lokasi perkhemahan bagi memudahkan operasi pengawasan yang diketuai
sahabat berkenaan. Namun, kedudukan tempat itu tidak semestinya tepat
kerana tiada asas sejarah yang kukuh mengenainya.
Walaupun kini
sudah tiada lagi sebarang kesan Khandaq atau parit itu, apa yang penting
bagi jemaah yang datang menziarahi ialah menyelami roh jihad dan pahit
getir dialami Rasulullah SAW dan sahabat dalam mempertahankan Islam.
Dalam Al-Quran digambarkan seperti berikut: Ertinya: "Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang hebat". (Al-Ahzab:10-11)
Sebab utamanya adalah berpunca dari hasutan kaum Yahudi. Sebahagian pemuka Yahudi Banu Nadlir dan Banu Wa'il datang kepada bangsa Quraisy di Mekah. Mereka mencadangkan kaum Quraisy untuk memerangi Rasulullah saw. Sebelum itu mereka telah mencuba untuk berhadapan dengan kaum Muslimin. Namun mereka merasa tidak mampu. Utusan kaum Yahudi itu memujuk kaumQuraisy dengan berbagai cara. Kata kaum Yahudi : "Kami akan bersama-sama dengan kamu sehingga kami dapat menumpaskan Muhammad." Ucapan kaum Yahudi itu membuat hati bangsa Quraisy senang dan mereka segera mengadakan persiapan untuk berperang. Kemudian utusan Yahudi itu pergi ke Banu Ghatfan untuk menghasut mereka agar bersedia memerangi Rasulullah. Utusan kau m Yahudi pergi mengelilingi ke seluruh kabilah bangsa Arab dan mengajukan rencana penyerbuan Kota Madinah yang telah disepakati oleh kaum Quraisy.
Hasutan kaum Yahudi itu menghasilkan perjanjian angkatan perang bersama antara kaum Yahudi, Quraisy dan Banu Ghatfan dalam satu kekuatan. untuk itu mereka saling mengikat perjanjian. Sebagai ganjarannya kaum Yahudi diwajibkan menyerahkan seluruh hasil kurma Khaibar selama setahun penuh. Kaum Quraisy keluar dengan pasukannya sebanyak empat ribu orang. Manakala Banu Ghatfan keluar dengan pasukannya sebanyak enam ribu orang. pimpinan tertinggi dipegang oleh Abu Sufyan bin Harb.
Kebijaksanaan Sandaran Kaum Muslimin Ketika Rasulullah mendengar berita akan terjadinya penyerbuan terhadap Kota Madinah dan Gabungan pasukan sekutu untuk memerangi kaum Muslimin, untuk menumpas mereka hingga ke akarnya. Lalu baginda menyuruh kaum Muslimin untuk mengadakan persiapan perang.Dan diputuskan pula untuk mengadakan pertahanan dalam Kota madinah. Jumlah tentera kaum Muslimin hanya terkumpul sebanyak tiga ribu orang sahaja. Dalam kesempatan itulah Salman Al-Farisi mengisyratkan agar membuat parit disekitar Kota Madinah.
Cara pertahanan sedemikian itu merupakan cara yang biasa dipakai oleh bangsa Parsi Kata Salman: Ertinya:" Ya Rasulullah .. dahulu ketika kami di Parsi jika takut akan serbuan tentera kuda maka kami akan menggali parit disekitar kami."
Pendapat Salman tersebut diterima baik oleh Nabi dan segera beliau memerintahkan para sahabatnya untuk menggali parit di sebelah barat daya Madinah iaitu dibahagian yang terbuka yang di khuatiri musuh akan datang dari arah sana. Rasulullah membahagikan tugas penggalian parit. setiap sepuluh orang sahabat ditugaskan untuk menggali sepuluh hasta. Panjangnya parit itu kira-kira lima ribu hasta, dalam sampai sepuluh hasta sedang lebarnya sembilan hasta keatas.
Jiwa Persamaan Diantara Kaum Muslimin
Rasulullah ikut sama menggali parit itu agar kaum Muslimin ikut berlumba-lumba dalam mencari pahala. Keran itulah kaum Muslimin beramai-ramai ikut bekerja bersama beliau.
Waktu itu Kota Madinah sedang mengalami musim yang sangat dingin. Sedangkan kaum Muslimin banyak yang tidak mempunyai makanan yang secukupnya. Bahkan adakalanya sehungga tidak mempunyai apa-apa makanan. Kata Abu Thalhah : " Kami pernah mengeluh kepada Rasulullah tentang rasa lapar yang kami deritai. Dan kami selalu mengikat perut kami dengan batu.Manakala Nabi pula mengikat perut baginda dengan dua batu. Kata Anas: "Waktu itu ketika Nabi keluar beliau saksikan kaum Muhajirin dan kaum Ansar bersama-sama menggali parit disuatu pagi yang amat dingin sekali sedangkan keadaan mereka amat lapar.
Mukjizat Nabi di Khandaq
Pada waktu penggalian Khandaq ini ada mukjizat Nabi yang timbul, iaitu sedang kaum Muslimin sedang menghadapi kesukaran untuk menghancurkan bungkahan batu keras. Nabi menyuruh membawa sebejana air. Kemudian nabi meludah pada air itu dan beliau berdoa kepada Allah, lalu air tersebut disiramkan pada bongkahan batu itu mak batu itu segera hancur seperti pasir.
Selain itu ada juga mukjizat nabi yang lain iaitu timbulnya berkat pada makanan yang sedikit dapat mengenyangkan orang ramai dan mencukupi seluruh pasukan yang ada.
Kata Jabir:" Aku katakan pada Rasulullah :"Ya Rasulullah... izinkan aku untuk pulang sebentar." Sesampaiku dirumah aku katakan pada isteriku:" Aku lihat sesuatu pada diri beliau yang tidak boleh kita lewatkan. Adakah kamu mempunyai sesuatu?
Jawab isteriku:" Ya aku mempunyai gandum dan seekor anak kambing."
Kemudian anak kambing itu segera kusembelih dan gandum itu ku tumbuk. Daging itu ku masak dalam kuali dan tepung gandum kumasukkan dalam pembakar roti. Aku kembali ke tempat Nabi dan kukatakan: "Ya Rasulullah aku ada sedikit makanan marilah engkau datang ke rumahku bersama seorang atau dua orang sahabatmu."
Tanya Nabi: " Berapa banyakkah makanan itu"
Setelah ku sebutkan jumlah makanan itu beliau berkata "Itu cukup banyak. Katakan kepada isterimu jangan diangkat masakan itu dari atas tungku dan roti itu pula jangan sampai dikeluarkan dari tempat pembakarannya sebelum aku datang kesana."
Beliau berseru kepada para sahabatnya " Bangun kamu sekalian"
Seluruh kaum Muhajirin dan Ansar bangkit bersama-sama mengikut Nabi.
Ketika aku masuk ke tempat isteriku ku katakan kepadanya "Nabi datang bersama kaum Muhajirin dan Ansar dan orang yang bersama mereka.
Nabi berkata " Masuklah kamu semua dan jangan berebut"
Kemudian Nabi memotong-motong roti dan dicampurkan pada daging serta kuah yang ada di kuali. Kemudian beliau mendekatkan hidangan pada sahabat sedangkan baginda tetap memotong-motong roti itu sedangkan para sahabat makan sehingga kenyang.
Setelah mereka makan hingga kenyang, masih lagi terdapat roti dan kuah yang masih bersisa. Baginda berkata: "Berikan makanan itu kepada orang kerana sekarang ini musim sejuk"
Pasukan musuh datang dari segenap penjuru
Kaum Quraisy dan Bani Ghatfan datang bersama tentera-tenteranya, di hadapan Kota Madinah. Nabi juga keluar bersama pasukannya yang berjumlah tiga ribu orang. Kedua pasukan ini hanya dipisahkan oleh parit yang digali oleh kaum Muslimin.
Antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi Banu Quraizah telah terjali perjanjian persahabatan. Pada hari itu Huyay bin Akhtab seorang pemuka Yahudi Bani Nadlir datang kepada mereka dan memujuk agar mereka mahu melanggari perjanjian yang telah diikat bersama dengan kaum Muslimin. Pada mulanya mereka enggan untuk melaksanakan cadangan Huyay bin Akhtab. Namun akhirnya mereka menyatakan persetujuan untuk melanggar perjanjian dengan Kaum Muslimin. Pernyataan kaum Yahudi banu Quraizah itu menyebabkan menjadi kucar kacir.
Disamping itu kaum Munafiqin mula memainkan peranan mereka. Hampir saja mengadakan perdamaian dengan kabilah Banu Ghatfan dengan memberi sepertiga hasil kurma Madinah. kerana Nabi merasa sayang kepada kaum Ansar kerana mereka telah menanggung bebanan yang berat.
Namun Nabi memendamkan niatnya setelah mengetahui akan ketabahan dan ketetapan hati kedua sahabat Ansar baginda iaitu Saad bin Muaz dan Saad bin Ubadah untuk menghadapi musuh.
Kata Saad bin Muaz " Ya Rasulullah dahulu ketika kami dan mereka masih dalam keadaan menyengutukan Allah dan menyembah berhala dan tidak menyembah Allah mahu mengenalnya, mereka tidak pernah menerima kurma dari kami selain dengan jalan hutang atau beli. Apakah kini setelah Allah memuliakan kami dengan Islam dengan memberi petunjuk kami kepada Islam serta kami bangga dengan engkau dan Allah akan kami berikan harta kami kepada mereka? Demi Allah kami tidak perlu berdamai. Demi Allah kami tidak rela memberikan kepada mereka sesuatu selain pedang sampai Allah memutuskan sesuatu antara kami dan mereka."
Ucapan Saad ini dijawab oleh Nabi: "Terpulang mengikut kehendakmu"
Perbezaan Tentera Islam dan Kafir
Rasullah dan kaum Muslimin tetap berada di medan Khandaq. Begitu juga dengan tentera musuh. Antara kedua pasukan itu tidak terjadi peperangan besar selain beberapa orang tentera mereka yang cuba untuk melepasi parit pemisah dengan menggunakan kuda mereka.
Namun mereka hanya terhenti dipinggir parit. Ketika mereka melihat parit yang dibuat oleh kaum Muslimin mereka berkata " Sebenarnya ini adalah taktik pertahan yang tidak pernah dikenal oleh bangsa Arab"
Kemudian mereka mencari jarak parit yang paling sempit. Setelah itu mereka berusaha untuk melepasi parit itu dengan kuda mereka dan mereka pun berhasil masuk ke Madinah. Salah seorang dari mereka yang berhasil melepasi parit itu adalah pahlawan mereka yang terkenal iaitu Amru bin Abdu Wudin. Ia mampu mengetuai seribu orang tentera Quraisy. Ketika ia sampai berhampiran barisan Islam ia berteriak minta bertanding.
Ali maju kehadapan dan berkata ' Hai Amru! Kamu telah berjanji kepada Allah jika ada seorang Quraisy yang menawarkan kepadamu dua perkara pasti kamu akan menerima salah satu darinya."
Jawab Amru " Benar"
Kata Ali: " Aku mengajak kamu kembali kepada Allah dan RasulNya serta masuk kedalam Islam"
Jawab Amru "aku tidak perlu kepada ajakanmu."
Jawab Ali: " Kalau begitu aku ajak kamu untuk bertanding."
Jawab Amru: " Mengapakah kamu mengajak ku demikian wahai anak saudaraku? Demi Allah aku tidak ingin untuk membunuhmu"
Jawab Ali: " Akan tetapi aku ingin sekali untuk membunuhmu" Mendengar ucapan Ali bin Abi Thalib, Amru naik pitam dan kudanya dibunuh kemudian ia maju ke hadapan Ali untuk bertanding. Keduanya saling beradu kekuatan sampai Ali bin Abi Thalib dapat membunuh Amru.
Milik Allah Segala Tentera Langit dan Bumi Pasukan Musyrikin mengadakan pengepungan terhadap pasukan Islam dengan ketat sekali. Seolah-olah bagaikan satu benteng. Mereka mengadakan pengepungan dari segenap penjuru selama sebulan. Sehinggakan kaum Muslimin merasa semakin sukar dan tersepit. Pada masa itula kaum Munafiqin bersiap-siap untuk menjalankan taktik-taktik jahatnya. Ketika Rasulullah dan Para sahabatnya sedang dicekam oleh rasa takut tiba-tiba datang seorang yang bernama Nuiam bin Masud berkata kepada Rasulullah:
Ertinya: " Ya Rasulullah sesungguhnya aku telah masuk Islam. dan kaumku tidak tahu keislamanku. kerana itu perntahkan padaku sesukamu"
Jawab Nabi: " Sebenarnya kamu termasuk dari golongan kami.
Berusahalah mengikut kehendakmu untuk meringankan kami, sesungguhnya perang itu adalah tipu muslihat"
kemudian Nuaim mula menjalankan muslihatnya. Beliau datang ke tempat kaum Yahudi Banu Quraizah untuk menimbulkan keraguan didalam hati orang Yahudi tentangkeikhlasan kaum uaraisy dan Banu Ghatfan untuk berperang disamping mereka. dan diterangkan pula bahaya yang akan menimpa mereka jika mereka berperang disamping kaum Quraisy dan Banu Ghatfan untuk memerangi kaum Muhajirin dan kaum Ansar yang menjadi tetangga kaum Yahudi. Kerana itu beliau menganjurkan mereka agar tidak jadi perang disamping kaum Quraisy dan Banu Ghatfan sebelum mereka memberikan beberapa orang yang terkemuka dari kaumnya untuk dijadikan sebagai tanggungan ditangan mereka. Cadangan Nuiam bin Masud diterima oleh kaum Yahudi dengan baik.
Selanjutnya Nuaim bin Masud pergi ketempat kaum Qurausy dengan pura-pura menunjukkan keikhlasannya serta memberikan nasihat. Beliau mengatakan bahawa kaum Yahudi menyesal atas perjanjian yang telah dibuat dengan kaum Quraisy dan mereka pasti akan meminta beberapa orang yang terkemuka sebagai tanggungan untuk mereka agar dapat diserahkan kepada Nabi dan kaum Muslimin untuk dibunuh. Setelah itu Nuaim juga pergi ke tempat Banu Ghatfan untuk menghasut mereka seperti yang dilakukannya kepada kaum Quraisy.
Hasil daripada hasutan Nuaim tersebut kedua suku itu mula merasa ragu-ragu dan benci terhadap kaum Yahudi. Perpecahan dikalangan tentera sekutu mulai timbul. Setiap golongan merasa khuatir terhadap kawan sendiri.
Ketika Abu Sufyan dan pemuka-pemuka kaum Ghatfan menuntut untuk segera memulai penyerangan secara terbuka terhadap kaum Muslimin, kaum Yahudi mulai merasa enggan. Bahkan kaum Yahudi menuntut dari merka untuk diserahkan beberapa orang sebagai tanggungan buat mereka. Dengan ini kaum Qurausy dan kaum Ghatfan merasa yakin dengan apa yang diperkatakan oleh Nuaim bin Mas'ud. Kerana itu mereka tidak bersedia untuk memenuhi permintaan kaum Yahudi. Demikian pula kaum Yahudi pun juga yakin akan kebenaran apa yang dikatakan oleh Nuaim bin Mas'ud. Sehingga kedua belah pihak saling mencela dan berpecah belah.
Allah menolong Nabi Muhammad saw dengan mengirimkan angin yang berhembus di malam hari yang amat dingin kepada pihak musuhnya. Angin tersebut dapat memporak-perandakan kuali-kuali dan khemah-khemah mereka. Abu Syufyan bangun dan berkata kepada pasukannya:
Ertinya: Hai kaum Quarisy! Sesungguhnya kamu sekarang tidak mampu lagi untuk bertahan disini kerana kambing-kambing dan unta-unta kami telah habis, kaumYahudi Banu Quraiza pun telah mengingkari janjinya dan telah sampai kepada kami berita yang tidak kami ingini dari mereka. Kami juga diserang oleh angin kencang seperti yang kalian lihat . Oleh itu beredar kamu dan aku juga akan segera beredar.
Kemudian Abu Sufyan bangun menuju kepada untanya yang tertambat dan segera berlalu. Ketika kaum Ghatfan mendengar kaum Quraisy telah pun beredar mereka pun segera kembali ketempat asal mereka. Ketika Khudaifah Ibnul Yaman yang diutuskan oleh Nabi untuk mengitip ditengah-tengah barisan musuh datang memberitahu kepada baginda apa yang dilakukan oleh pasukan musuh waktu itu baginda sedang bersolat.
Pada waktu paginya Nabi beserta seluruh pasukannya segera meninggalkan medan peperangan Khandaq menuju Madinah untuk meletak senjata.Peperangan itu berakhir dengan berundurnya bangsa Quraisy untuk selama-lamanya dan mereka tidak pernah datang lagi untuk memerangi kaum Muslimin selepas itu. Dalam peperangan Khandaq ini kaum Muslimin yang terbunuh sebanyak tujuh orang sedangkan pasukan musuh ada empat orang.
SEJARAH PEPERANGAN KHANDAQ/AHZAB
(dipetik dari peperanganislam.blogspot.com)
Perang
Khandaq atau Perang Al-Ahzab telah berlaku pada bulan Syawal tahun
kelima Hijrah. Perang tersebut adalah kejadian penting sekali dalam
sejarah Islam. Oleh kerana perang tersebut merupakan titik penentuan
kelanjutan Agama Islam.dalam peperangan tersebut kaum Muslimin ditimpa
dengan pelbagai cubaan dan dugaan yang sangat hebat. Dalam Al-Quran digambarkan seperti berikut: Ertinya: "Ketika mereka datang kepada kamu dari atas dan dari bawah, dan ketika pandangan telah suram, dan hati telah naik sampai kekerongkongan. Dan ketika itu kamu berprasangka kepada Allah dengan prasangka yang salah. Dikala itu orang-orang beriman mendapat ujian dan perasaan mereka digongang dengan goncangan yang hebat". (Al-Ahzab:10-11)

MASJID JUMA'AH (MADINAH)
Satu lagi
tempat bersejarah yang boleh dikunjungi oleh para jemaah ialah Masjid
Juma'ah. Alhamdulillah mutawwif Az-Zuha banyak menceritakan kisah-kisah
sejarah sepanjang kami berziarah. Ketika dari perjalanan untuk solat
Dhuha di Masjid Quba pada ziarah kedua di kota Madinah kami melalui
Masjid Jum'ah. Masjid Jum'ah terletak di Wadi Ranawa iaitu
diperkampungan Bani Salim bin Auf kira-kira 500 meter dari Masjid Quba'
dan lebih kurang 2.5 km dari Masjid Nabawi. Masjid ini juga dikenali
dengan nama Masjid Bani Salim, Masjid al wadi, Masjid Ghubaib and Masjid
Aatikah
Perkara penting berkaitan masjid ini: Satu
lagi perkara yang perlu diketahui oleh jemaah yang ingin berkunjung ke
situ masjid Juma'ah hanya akan dibuka pada setiap kali waktu solat
sahaja dan akan ditutup apabila selesai solat berjemaah. Jika ingin
masuk ke masjid ini maka hendaklah suaikan waktu lawatan supaya dapat
bersolat di dalam masjid ini ketika masuknya waktu solat fardhu.
Menurut riwayat Rasulullah saw ketika berhijrah beliau tinggal di Quba selama 4 hari dan dalam tempoh itulah Rasulullah mendirikan Masjid Quba bersama para sahabat sementara menantikan ketibaan Saidina Ali yang semasa berhijrah telah menggantikan Rasulullah dengan tidur ditempat baginda. Hari kelima merupakan hari Jumaat Rasulullah telah meneruskan perjalanan ke kota Madinah, Rasulullah SAW tiba di kampung Bani Salim Ibn 'Auf dan ketika itu masuk waktu untuk solat Jumaat.. Terdapat riwayat mengatakan penduduk perkampungan itu telah memohon baginda untuk meninggalkan satu tanda penghormatan di kampung mereka.
Oleh kerana telah masuk waktu solat Jumaat maka baginda pun mengerjakan solat Jumaat di situ bersama dengan 40-100 orang jemaah dan di tapak itu di bina masjid yang dinamakan Masjid Juma'ah. Ada di kalangan jemaah yang bersolat itu adalah saudara mara Rasulullah dari sebelah Bani an-Najjar yang datang bertemu Rasulullah dan dari Bani Amr yang mengiringi baginda dari Quba. Disitulah Rasulullah pertama kali mendirikan solat Jumaat berjemaah secara terbuka bersama penduduk Madinah dan Muhajirin yang bersama baginda kerana di Mekah mereka mendirikan solat Jumaat secara bersembunyi. Setelah usai solat Jumaat di situ Rasulullah terus mengenderai Qaswa (unta beliau) berlepas ke Madinah.
Kubah dan
menara masjid Juma'ah disebalik tembok. Apa yang admin nak tunjukkan dan perhatikan
kebanyakan tembok-tembok tidak terpelihara dan vandalisme di mana-mana
sahaja. Jika kawasan tumpuan pelancong ini dipelihara oleh kerajaan
Arab Saudi dengan elok lebih selesa untuk kita melawat.
No comments:
Post a Comment