Monday, April 29, 2013

LEBIH 2000 MOTOSIKAL KONVOI PRU13 BERSAMA TRAILER PAS : NEGARA BERKEBAJIKAN

Hari ni Ahad 28 April 2013, Pak Tam bangun dengan semangat ceria walau pun malam tadi tidoq lewat. Punya dok gebang sambil dok buat rangka wau dengan depa yang lain. Dok dengaq la Ali, Mat Di, Syahril, Anot, Mi dok sembang nak konvoi. Anot kata dapat dalam 100 org ok la pasai PAS mana ada bg duit minyak. Hari tu masa budak-budak "biru tua" konvoi ikut Pak Lah depa dapat duit minyak dengan T-Shirt. Mi kata gerenti lebih dari tu depa yang lain pun kata mcm tu. Pak Tam kata polis kena jaga la kalau banyak sgt. Shahril kata tak payah jaga org PAS biasa solat jemaah so masing2 dah disiplin. Pagi ni budak-budak tu keluar awai pagi. Pak Tam ready kat Permatang Indah saja. Depa habag kat Pak Tam nak pi konvoi dengan Treler Negara Berkebajikan, Pak Tam pesan pakai helmet, bawa lesen dan bawa bendera, naik motor elok-elok. Depa semua kata "beres".
Malam lepas Isya` pakat cerita bejabu....syooook depa kata, lebih dua ribu anak muda hat ikut konvoi, mulanya Pak Tam kata "hangpa jgn dok cakap besaq". Depa pakat tunjuk gambar konvoi, Pak Tam terlopong. Tudiaaaaaaa Pak Tam kongsi la sikit kat sini ada yang Pak Tam copy dari kawan yang dok ambik gambar ada yang depa bagi... Hampa tengok ni.. dalam sejarah la Pak Tam tengok anak muda sudah berani mendekati PAS kerana depa sedar PAS tak ajar pengikutnya menghrapkan wang tapi ikhlas adalah prinsip PAS.

Steady Marshal... polis trafik pun tak payak jaga.. punya disiplin.. Pak Tam pun terkejut...

sejauh 1 km panjang motor2 konvoi ni. Motor kecik besaq semua jalan dengan disiplin.

promosi bergerak di kubu BN?? BN banyak bendera PAS ramai penyokong.

PAS ramai pengundi BN banyak bendera... tak caya cuba tengok... PENAGA.. kubu ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri???

Tak reti la Pak Tam nak kira...

Nun....


Calon Parlimen Tasek Gelugor.. Bekas YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di Kenduri Rakyat Taman Desa Sena

Ust Hadi dan Anak Tun Ghafar Baba di majlis kenduri rakyat taman Desa Sena


Apa yang kami makan itu juga yang pemimpin makan. MasyaAllah..

Jamu selera.. Mmg sedap sgt... jumpa ramai kawan lama dan baru..
Trailer ni lah.. boleh dibuka dengan sistem hydrolik menjadi pentas. Siap dengan sistem audio dan memang terbaik.

Tol Bertam penuh sesak.

Tol Bertam menghijau. Trailer kat depan..


PENAGA

PENAGA

STEADY TRAFIK. POLIS PUN TAK BOLEH JAGA KEAMANAN MCM NI. AMAN DAN IKUT PERATURAN..

UBAH INI KALILAH (PRU13)

No comments:

Post a Comment