Friday, March 26, 2010

PENYAMPAIAN TAKAFUL KHAIRAT KEMATIAN


Gambar penyerahan wang khairat kematian kepada waris Almarhum Tok Ngah Jam oleh Tuan Haji Ishak Din Pengerusi Balai Islam Ad-Din

Khamis, 25 Mac 2010, Balai Islam Ad-Din telah mengadakan majlis penyampaian takaful khairat kematian kepada waris Tok Ngah Jam yang telah meninggal dunia pada tahun lalu. Majlis di mulakan dengan bacaan yasin dan usrah yang di pimpin oleh Us. Haji Zulkifli.
Setelah selesai solat Isya` di adakan pula majlis penyampaian wang khairat kematian kepada menantu Almarhum yang mendaftarkan Almarhum sebagai ahli takaful khairat kematian . Majlis penyerahan ini di sempurnakan oleh Tuan Haji Ishak bin Din, yang merupakan YDPPAS cawangan Merbau Kudung merangkap Pengerusi Balai Islam Ad-Din.
Pihak waris menyucapkan ribuan terima kasih kepada PAS cawangan dan Balai Islam Ad-Din yang telah banyak membantu dan menghulurkan bantuan. Beliau melahirkan rasa terharu dan berterima kasih yang tidak terhingga. Pihak Balai Islam mendoakan agar roh Almarhum dicucuri rahmat oleh Allah.

No comments:

Post a Comment