(Dipetik dari buku
Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui)
BEBERAPA PERISTIWA DIBULAN RAMADHAN
BULAN DITURUNKAN KITAB-KITAB ALLAH
Bulan Ramdhan adalah bulan diturunkan Al-Quran (Nuzulul Qur`an) sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 185 :
Pada bulan Ramadhan itu diturunkan padanya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk
untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan
pemisah antara yang benar dan salah.
Mufassirin dan Muhaditsin meriwayatkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain
Zabur,
Taurat,
Injil dan
Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.
PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat
2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah
berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar
adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan
Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber
air yang terdapat di situ.
Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan
dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata.
Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70
tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan
diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam
yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam
bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa
bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha
demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai
kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah
menegaskan dalam
Surah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar,
sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah
kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.
PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada
10 Ramadhan tahun ke-
6 Hijrah.
Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar
perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara
kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama
ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak
tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu
pihak lain berperang.
Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang
bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan
Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah
menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir.
Apabila berita itu
sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu
umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah.
Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan
umat Islam hanya diketahui apabila hampir memasuki Kota Mekah.
Penduduk musyrikin menjadi takut tanpa sebarang persiapan mereka gerun dan mengikut arahan dari Rasulullah bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian sekiranya mahu selamat.
Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan
darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba
yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran
Surah Al Fath ayat 1:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
Sebahagian mufassir memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Baca juga di sini. (
klik)
PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung
Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa
besar pada masa itu. Lantas
Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin) memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau
mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat.
Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam
ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah
Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai
30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di
situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera
Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga
termeterai perjanjian
antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di
bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000
dinar setiap tahun.
ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan
Ali bin Abu Talib
dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan.
Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman.
Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan
Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.
KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah.
Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi
terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila
melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan
bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas
itu, penyembahan patung pun berakhir.
PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau
Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat
Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak
mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera
Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya
rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan
Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.
PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah
bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama
beberapa waktu bermula tahun
711 hingga 1492 Masihi. Pada
28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama
Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika
dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar
kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur.
Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi.
Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan
tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.
PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan
Ramadhan tahun 459 Hijrah.
Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara.
Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit,
Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang
diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya
dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai
seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol
Dinasti Murabit berdiri sejak
1090 hingga 1147 Masihi.
TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun
126 hingga 1405 masihi,
kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut
rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer
persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam
misi penaklukan itu, mereka
membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota
Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu,
ramai umat Islam terbunuh dan
banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera
Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama
pimpinan
Sultan Qutuz dari
Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di
‘Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan
Kitbuqa Noyen,
seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi
menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah
suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan
akhirnya kalah kepada tentera Islam.
PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah
yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota
mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera
Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam
mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.
TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan
tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada
10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan
6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi.
Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai
Peperangan Arab-Israel 1973,
Perang Oktober, dan
Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun
1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan
Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya
menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di
selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan
pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel
memperuntukkan
500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama
Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat
ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang
canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus
mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah
peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez
al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi
peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia
menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria
dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa
berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit
Golan.