Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa
berada disana, sebaiknya cubalah amalan yang diajar kepada saya semasa
menghadiri kursus umrah di Andalusia. Sayang sekali sekiranya kita tak
dapat beramal semasa berada di sana.
Pengambilan ubat-ubatan
untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di
galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya
dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak
akan berjaya jika Allah tak izinkan.
Allah tempat kita meminta,
Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu,
sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga
kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat
kepada Allah.
Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau
selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas
haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.

Caranya:
1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.
2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)
3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.
InsyaAllah
semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan
izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan
bersungguh-sungguh.
Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.
Nota
: Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di
Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri
kursus yang dianjurkan olehnya.