JADIKANLAH DIRI ANDA PENCIPTA SEJARAH NEGARA MALAYSIA MENUJU KEJAYAAN
Thursday, April 18, 2013
Wednesday, April 17, 2013
JAGA-JAGA TAKUT NANTI BERITA CALON YANG TAK NAIK NAMA SABOTAJ TU NAK KABURI MATA AHLI PR SUPAYA TAK BUAT KERJA
Gelombang Biru dah bertukar jadi 'Gelombang Haru Biru' di Pulau Pinang.. Dua lagi pemimpin BN akan bertanding Bebas dan 70% Bilik Gerakan UMNO lumpuh..
Berikutan dengan rasa tidak puas hati dengan tiga pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang yang tidak tersebarai sebagai calon dalam PRU13 ini Gelombang Biru yang dilancarkan oleh Muhyiddin awal Februari lalu telah bertukar menjadi gelombang Haru biru..
Ini kerana lebih banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang akan melancarkan protes terhadap senarai calon yang bagi PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini yang diketengahkan oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak.
Dua lagi pemimpin BN dari Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan Ketua Pemuda MIC, J Dhinagaran dikatakan sedang menimbangkan untuk meletakkan semua jawatan yang disandang mereka dalam parti dan akan bertanding sebagai Calon Bebas.
Tiga demonstrasi telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong-penyokong UMNO yang mana pemimpin mereka samada telah digugurkan atau tidak tersenarai sebagai calon.
Difahamkan 70% Bilik Gerakan UMNO telah tidak berfungsi berikutan dengan tindakan petugas yang kecewa kerana calon mereka tidak dipilih..
Sumber dari pihak tertinggi UMNO mendedahkan Kawasan Parlimen yang terlibat ialah Balik Pulau, Bayan Baru, Nibong Tebal, Permatang Pauh dan Tasek Gelugor.
PENGUMUMAN PROGRAM
Malam Jumaat 18 hb April 2013
ceramah maghrib
oleh Ustaz Abdul Hadi bin Hasan Razak
di Balai Islam.
Selepas Isya' Solat Hajat akan di laksanakan
muslimin muslimat di jemput hadir
20 hb April 2013
Ceramah Penaik semangat
Oleh : Ustaz Abdullah Khairi
Calon DUN Sungai Dua
Calon Parlimen Tasek Gelugor
Tempat : Bilik Operasi Pakatan Rakyat
Pekan Sungai Dua,
Masa : 9.30
Rakyat di jemput hadir
ceramah maghrib
oleh Ustaz Abdul Hadi bin Hasan Razak
di Balai Islam.
Selepas Isya' Solat Hajat akan di laksanakan
muslimin muslimat di jemput hadir
20 hb April 2013
Ceramah Penaik semangat
Oleh : Ustaz Abdullah Khairi
Calon DUN Sungai Dua
Calon Parlimen Tasek Gelugor
Tempat : Bilik Operasi Pakatan Rakyat
Pekan Sungai Dua,
Masa : 9.30
Rakyat di jemput hadir
Monday, April 15, 2013
KISAH LETRIK MELETOP PASAI BN PASANG BENDERA
Panas betoi malam Ahad 7 April 2013... Geng pemuda ke ceramah Ust Azhar Idrus dan ada yang bermesyuarat di Padang Menora. Malam ni memang tiada aktiviti gantung bendera PRU13. lagi pun bukan banyak pun bendera nak gantung..........Malam yg damai tiba-tiba Kg Petani jadi PANAS......, bukan pasai apa, malam tu letrik black out, kipas angin tak jalan la.... satu kampung terpadam gara-gara geng biru merengak aka BN pasang bendera kat tiang letrik kena kotak penyambung yang dekat rumah Mak Pah, menyala wayar kabel letrik satu kampung bergelap. masa tu Anot tengah meronda tengok suasana di sekitar Tasek Gelugor dan Matang Pauh pasang bendera, on the way balik Dolah pupu dia telepon kata tiang letrik menyala, dia terkejut dengar.... dia kata kat member hat pi dengan dia "ni mesti geng BN pasang bendera sampai sangkut fius ni... pasai waktu keluar tadi nampak dua tiga orang BN dok pasang bendera. lepas minum ayag dengan member dia.. Dia pi tengok betoi la...., TNB mai tengok,
Mat Di kata kat depa, hampa pasang bendera BN kot kat sini, salah sorang orang depa kata tak tau..., tengok-tengok tali rapia dok ada lagi, dia kata tu dia tali rapia tu, PR tak pasang bendera malam tu, betoi hampa menyusahkan orang la. Pak Tam pi keluaq tengok... tudiaaa yg belah depan depa dah santau dah bendera BN dengan tali rapia. Ni kat fius ada tali berjela-jela.. Kaler tali rapia tu sama saja dengan yang BN gantung kat depan (tali merah) hahahaha punya la nak muhung... Suruh mengaji tak mau, nak gantung bendera pun kena ada ilmu... Pak Tam kata kita ni sekampung.. kalau hangpa mati kena karan kami pun kalut jugak.. ilmu tak dak..
Dok esok tu.... saksi yang tengok tu habag kata, tak dan nak ambik gambar masa geng BN dok gulung balik bendera.
Kesian sungguh orang kampong, orang sakit, budak-budak, orang tua pakat tak boleh tidoq pasai panas dan nyamuk, memang betoi la hat orang dok kata BN ni memang menyusahkan orang.... moral dia, buat salah minta maaf la. Nak buat apa pun kena guna akai.... sekian, jumpa lagi, lepas ni kita cerita lain.
Friday, April 12, 2013
Wednesday, January 2, 2013
Tahun Baru
Salam..... Dua tahun baru kita sambut.... tapi kita lebihkan sambutan tahun baru masehi dari tahun baru Islam...kenapa... jawapannya ialah kita masih lagi dalam keadaan kelalaian... Ingatkah kita surah yang Allah sumpah dengan masa : terjemahan Ayat "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kelalaian. Kecuali... yang beriman dan beramal soleh (iaitu) mereka yang berpesan - pesan dengan kesabaran dan berpesan dengan kebenaran....", ihhhhhhhhhhhhh... ruginya kita, hayatilah ke indahan Islam insyaallah kita akan bahagia dunia dan akhirat . Wallahu a`lam,
Maka jangan kita lupa sujud pada yang maha kuasa... berkuasa menjadikan dunia di susun dengan bulan dan tahun serta hari dan masa... Allahu Akbar
Maka jangan kita lupa sujud pada yang maha kuasa... berkuasa menjadikan dunia di susun dengan bulan dan tahun serta hari dan masa... Allahu Akbar
Friday, December 14, 2012
ROMBONGAN BALAI ISLAM ADDIN BERSAMA AZ ZUHA TRAVEL & TOUR KE ACEH
Salam... lama Admind balai islam tak bersiaran.... bukan tak dak modal, tapi tak dan nak catata, ALhamdulillah petang ni nak kongsi sikit gambar, kami bersama rombongan Az Zuha Travel merantau ke Aceh.... dengan sapa lagi kalau tak bersama Ustaz Zul, Hj Ishak, dan paling Istimewa bersama Ustaz Hasan Razak. ni ada satu dua gambar sila la.... tengok, kalau teringin nak pi, cuba pi tanya tengok ustaz Zul
Bersama anak Yatim di Aceh, salah seorang anak yatim tsunami ini diselamatkan oleh tentera yang jumpa dia dalam peti Ais, keluarga dia semua mati
Anak Yatim di Markaz Al-Islah, Tengku Hj, Bulqainy minta bagi motivasi kepada anak-anak yatim ini, ada di kalangan mereka yang ibu bapanya terbunuh di depan matanya sendiri semasa konflik tentera terhadap Gabungan Aceh Merdeka
Warga Balai Islam Ad-Din di masjid Raya Baitul Rahman, Banda Aceh
Kapal Atas Rumah, Tinggi Wooooo......
Ustaz Hasan dan Isteri bersama ketua Majlis Permusyawaratan Ulama, Aceh....
Tahun depan balai Islam nak buat rombongan lagi, kalau ada rezeki nak pi belah tempat kelahiran Buya Hamka dan tempat kelahiran Seikh Tahir Jalaluddin, belah Padang dan pekan baru
Bersama anak Yatim di Aceh, salah seorang anak yatim tsunami ini diselamatkan oleh tentera yang jumpa dia dalam peti Ais, keluarga dia semua mati
Anak Yatim di Markaz Al-Islah, Tengku Hj, Bulqainy minta bagi motivasi kepada anak-anak yatim ini, ada di kalangan mereka yang ibu bapanya terbunuh di depan matanya sendiri semasa konflik tentera terhadap Gabungan Aceh Merdeka
Warga Balai Islam Ad-Din di masjid Raya Baitul Rahman, Banda Aceh
Kapal Atas Rumah, Tinggi Wooooo......
Gambar berlatar belakang LTD Apung, yang berat dia 46 ribu tan, hanyut 5 Km dari pantai ke tempat ni, dahsyat ...... Ini Kuasa Allah....
Ustaz Hasan dan Isteri bersama ketua Majlis Permusyawaratan Ulama, Aceh....
Tahun depan balai Islam nak buat rombongan lagi, kalau ada rezeki nak pi belah tempat kelahiran Buya Hamka dan tempat kelahiran Seikh Tahir Jalaluddin, belah Padang dan pekan baru
Subscribe to:
Posts (Atom)






























