Monday, May 13, 2013

Doa Ikhtiar Melambatkan Haid Sementara Waktu

Dipetik dari suarapesanan.blogspot.com: semoga admin mendapat kerahmatan dan pahala berkekalan di sisi Allah. Jazakallah

Bagi mereka yang mahu mengerjakan umrah dan dijangka akan haid semasa berada disana, sebaiknya cubalah amalan yang diajar kepada saya semasa menghadiri kursus umrah di Andalusia. Sayang sekali sekiranya kita tak dapat beramal semasa berada di sana.

Pengambilan ubat-ubatan untuk menahan haid yang boleh di ambil dari klinik dan hospital tidak di galakkan kerana bimbang akan memberikan kesan sampingan. Saya percaya dan amat yakin bahawa apa jua langkah dan ikhtiar yang kita buat, tak akan berjaya jika Allah tak izinkan.

Allah tempat kita meminta, Allah tempat kita mengadu, lalu dengan panduan dari mereka yang berilmu, sebaiknya kita cuba berikhtiar dengan apa yang di cadangkan ini. Semoga kita dapat memaksimumkan masa kita di Tanah Suci dengan beribadat kepada Allah.

Amalan ini boleh diamalkan semasa dalam ihram atau selepas haid. Jika mereka yang mahu mengerjakan umrah, sebaiknya selepas haid terakhir sebelum tarikh yang dijadualkan untuk bertolak.


Caranya:

1. Diamalkan selepas haid yang terakhir.

2. Baca lepas setiap kali solat 5 waktu (elok ditiupkan doa ini ke dalam air kemudian diminum.)

3. Apabila membaca ayat no 2, 3 dan 4 hendaklah menekan lidah ke langit-langit dan menahan nafas 5 saat kemudian hembus di air.

InsyaAllah semoga mujarab. Harus sentiasa ingat bahawa segalanya berlaku dengan izin Allah lalu memohonlah dengan hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Selepas habis ibadah, untuk membukanya, bacalah doa dalam ayat 80 Surah Isyrak.


Nota : Diajar dan diambil dari buku Panduan Umrah Dan Pedoman Berpuasa di Makkah oleh Ustaz Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah semasa saya menghadiri kursus yang dianjurkan olehnya.

Tuesday, May 7, 2013

TAZKIYAH SELEPAS PILIHANRAYA

Malam ni Pak Tam dengan petugas PAS berkumpul, bukan nak pasang bendera, semua bendera wak turun dah, dok bertimbun di Balai Islam, tapi malam ni Pak Tam dan Petugas lain mendapat Tazkiyah dari Ustaz Badrul Abdul Rahman...Alhamdulillah kami berdoa semoga kami terus istiqamah.... lepas Tazkiyah Solat Hajat lagi...

 Ustaz Badrul menyampaikan Tazkiyah penuh semangat

Walaupun bendera masih berlungguk Kuliah dan Tazkiyah adalah Tarbiyah Kami untuk kearah kebaikan dan pahala berada di taman syurga..

WARNA WARNI PRU 13

Alhamdulillah.... PRU 13 selesai, Pak Tam rasa terharu sebab pilihanraya ni, Peti Undi yang Pak Tam jaga menang, tahun lepas kalah 9 undi tahun ni menang DUN 168 undi Parlimen 134 undi, walaupun campuq tempat lain keseluruhan kalah sikit tapi peti undi di pekan sungai dua menang. Pak Tam syukur orang pekan berubah...., Pak Tam boh sikit gambar warna warni PRU 13 UPU Sungai Dua, Tempat mengundi SK Desa Murni....

Geng Motor Besar turut serta merayu undi untuk PAS

Calon, Cg. Hadi melawat penyokong dan tempat mengundi

Cute Rocket Boy ... sokong PAS

Sweet rocket mom dan cutest rocket girl di khemah PAS. PR adalah bersahabat...

 Masa tutup selesai mengundi 

Gotong Royong tanpa Upah..

Raikan kemenangan... Islam sentiasa menang dan inilah bukti semangat juang yang tidak pernah menjunam.. Malam ini kami makan Kek Kemenangan berlambang PAS dan PKR, tanda UPU Sungai Dua Menang

Pengarah dan petugas sama-sama meraikan





Saturday, May 4, 2013

PERSEDIAAN UNTUK HARI MENGUNDI

Dua malam dah dok kesah kerja hari mengundi, jumaat dan malam ni malam last...., Pak Tam dengan anak buah, kena sedia pondok semakan daftar pemilih., senarai petugas dan perbekalan, kena pulak tahun ni Pak Tam kena mengundi di pusat baru, SK Desa Murni kena cari jenset untuk suply karen...

 Barang keperluan 

 untuk stiker kenderaan
Jangan lupa amanat presiden

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk kemenangan Pakatan Rakyat

Hari pekerja hari tu cuti, pak tam dengan anak buah pakat-pakat buat kerja pasang poster calon, penaik banner, bunting, billboard dan bendera, kerja last, pasang lepas ni pak tam dengan anak buah nak tumpu kerja untuk hari mengundi pulak.....

Hari khamis malam jumaat pak tam dengan anak buah buat solat hajat ada ceramah di rumah mi, kita lepas buat kerja kita tawakkal pada Allah.... semoga Allah memberi kemenangan kepada kita.....

Ya Allah.... Kami memohon kepada Mu, berilah bantuan Mu untuk memenangkan keadilan, Ya... Allah kami di zalimi bantulah kami menentang kezaliman....

Ya Allah.... Kami tak rela negara kami digadaikan kepada warga asing yang di beri kad pengenalan biru, yang melayakkan mereka mengundi, kami cintakan tanah air kami, Bantu lah kami..... Amin