Tuesday, April 30, 2013

MALAM HARI PEKERJA PAKAT BUAT KERJA MENUJU PUTRAJAYA

Malam ni.... kami nak pasang bendera dengan gambar calon, boleh ka Pak Tam, nampak Pak Tam letih ja..... Pak Tam kata hampa orang muda, hampa buat.... Pak Tam kalau larat Pak Tam ikut, La pukul satu, Rahim mai jauh dari guar jering mai tengok kawan-kawan dan cek tempat mengundi dengan saluran, dia mengundi di SK Desa Murni, tempat mengundi hat tahun-tahun dulu di SMK Dato` Mat Said mai tahun ni depa tukar, bini dia pulak mengundi di SK Lahar Yooi, dua-dua dalam DUN Sungai Dua, Parlimen Tasek Gelugor.

 Mula nak pasang

sambil buat kerja sambil tengok tayangan ustaz Azhar Idrus

ikut kreativiti


Monday, April 29, 2013

LEBIH 2000 MOTOSIKAL KONVOI PRU13 BERSAMA TRAILER PAS : NEGARA BERKEBAJIKAN

Hari ni Ahad 28 April 2013, Pak Tam bangun dengan semangat ceria walau pun malam tadi tidoq lewat. Punya dok gebang sambil dok buat rangka wau dengan depa yang lain. Dok dengaq la Ali, Mat Di, Syahril, Anot, Mi dok sembang nak konvoi. Anot kata dapat dalam 100 org ok la pasai PAS mana ada bg duit minyak. Hari tu masa budak-budak "biru tua" konvoi ikut Pak Lah depa dapat duit minyak dengan T-Shirt. Mi kata gerenti lebih dari tu depa yang lain pun kata mcm tu. Pak Tam kata polis kena jaga la kalau banyak sgt. Shahril kata tak payah jaga org PAS biasa solat jemaah so masing2 dah disiplin. Pagi ni budak-budak tu keluar awai pagi. Pak Tam ready kat Permatang Indah saja. Depa habag kat Pak Tam nak pi konvoi dengan Treler Negara Berkebajikan, Pak Tam pesan pakai helmet, bawa lesen dan bawa bendera, naik motor elok-elok. Depa semua kata "beres".
Malam lepas Isya` pakat cerita bejabu....syooook depa kata, lebih dua ribu anak muda hat ikut konvoi, mulanya Pak Tam kata "hangpa jgn dok cakap besaq". Depa pakat tunjuk gambar konvoi, Pak Tam terlopong. Tudiaaaaaaa Pak Tam kongsi la sikit kat sini ada yang Pak Tam copy dari kawan yang dok ambik gambar ada yang depa bagi... Hampa tengok ni.. dalam sejarah la Pak Tam tengok anak muda sudah berani mendekati PAS kerana depa sedar PAS tak ajar pengikutnya menghrapkan wang tapi ikhlas adalah prinsip PAS.

Steady Marshal... polis trafik pun tak payak jaga.. punya disiplin.. Pak Tam pun terkejut...

sejauh 1 km panjang motor2 konvoi ni. Motor kecik besaq semua jalan dengan disiplin.

promosi bergerak di kubu BN?? BN banyak bendera PAS ramai penyokong.

PAS ramai pengundi BN banyak bendera... tak caya cuba tengok... PENAGA.. kubu ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri???

Tak reti la Pak Tam nak kira...

Nun....


Calon Parlimen Tasek Gelugor.. Bekas YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di Kenduri Rakyat Taman Desa Sena

Ust Hadi dan Anak Tun Ghafar Baba di majlis kenduri rakyat taman Desa Sena


Apa yang kami makan itu juga yang pemimpin makan. MasyaAllah..

Jamu selera.. Mmg sedap sgt... jumpa ramai kawan lama dan baru..
Trailer ni lah.. boleh dibuka dengan sistem hydrolik menjadi pentas. Siap dengan sistem audio dan memang terbaik.

Tol Bertam penuh sesak.

Tol Bertam menghijau. Trailer kat depan..


PENAGA

PENAGA

STEADY TRAFIK. POLIS PUN TAK BOLEH JAGA KEAMANAN MCM NI. AMAN DAN IKUT PERATURAN..

UBAH INI KALILAH (PRU13)

WAU BULAN MENDARAT DI MASJID MARBAWI, MERBAU KUDUNG


 Sebelum penaik dalam urusan menyiapkan wau bulan gergasi
Hasil tangan anak muda, berlatar belakang MASJID MARBAWI

Sunday, April 28, 2013

KUNJUNGAN TUAN GURU HAJI HADI AWANG

MENYAMPAIKAN CERAMAH DI TAMAN DESA SENA, PERMATANG INDAH, SEBERANG PERAI BAGI MENDEKATI PENGUNDI.. LOKASI INI STRATEGIK KERANA LUAS DAN LAPANG.
Jelajah Seberang Perai bersama Pimpinan akar umbi mendekati rakyat.
CIKGU BARD PUN HADIR MEMBERIKAN SOKONGAN.

Kenduri Rakyat di Taman Desa Sena. Jelajah merentasi pelosok Seberang Perai di beberapa lokasi. Penyokong menanti dibeberapa venue untuk event seterusnya.
TRELER NEGARA BERKEBAJIKAN
Sebelum dibuka peluang untuk orang ramai sudah ada yang mengambil kesempatan berteduh bawah Treler PAS. Atas dan bawah.. masing-masing khusyuk mendengar taklimat sambil berehat keletihan berkonvoi. Yang kat atas tu saja nak rasmi dulu sebelum org lain naik.. Memang terbaek.

JANGAN LUPA UNDILAH PAS


Poster Calon-calon PAS Dato' Seri Rahman dan Cikgu Hadi. Pemimpin yang berilmu dunia dan juga boleh memimpin kita dalam perkara keagamaan.



Inilah pegangan muslim sejati....



Calon PRU13 DUN Sg. Dua , Cikgu Zahadi menyantuni pengundi (dikongsi dari FB Cikgu Hadi)

Gambar-gambar ini dikongsi dari FB Cikgu Hadi. Sifat beliau yang peramah dan disenangi semua pihak tidak membataskan pergaulan dengan pelbagai golongan.

Dato' Seri Rahman Calon Parlimen bekas YDP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Seorang yang begitu komited dan disenangi oleh pihak yang pernah berkerja dengan beliau.

Cikgu Hadi melawat anak petugas PAS di hospital Seberang Jaya yang terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan untuk mengambil lesen.

Disambut baik oleh pengunjung dan peniaga Pasar Sg Dua.

Petugas dari Dewan Penyokong PAS berbangsa Tionghua yang sejak dulu bersama PAS (dulu depa sebut bola ping pong sbg lambang PAS)- Terima kasih

Cikgu Hadi disenangi ramai

Bergambar sebelum memulakan tugas. Bersemangat rasanya nak join tapi kami geng pemasang banner dan bendera pun ada tugas. Mereka juga berkerja secara sukarela. Satu suasana yang tiada dalam BN. PRU13 membuktikan rakyat semakin matang menilai.

Walau keletihan Cikgu Hadi sentiasa bersemangat kerana ini adalah pilihan pimpinan. Jika diselidiki pengalaman sebagai guru tingkatan 6 beliau seorang yang memang berwibawa dan disayangi oleh bekas pelajar.

Para pengundi menyambut baik kehadiran beliau.

Wajah2 petugas dan pengundi Lahar Yooi,

Mengunjungi pengundi yang ditimpa kemalangan. Harap jgn lepaskan peluang mengundi kali ini ya.

Seronok sungguh makcik ni bercerita..


Macam2 reaksi kita boleh lihat.

Ada yang sangat mengalu-alukan dan amat gembira melihat kedatangan crew

Peniaga pasar Sg Dua

Tokey kedai moto ni memang mengalu-alukan kehadiran calon. Almaklum Dato' Seri memang bijak dalam perniagaan..

Pengunjung pasar juga menyabut mesra Cikgu Hadi

Ramai yang menunjukkan sokongan

Mengunjungi saudara Sham Mohd Noh yang lumpuh di Sg Lokan. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan kelapangan kepada beliau.  Cikgu Hadi memang amat prihatin dengan golongan istimewa.

Menyantuni semua golongan

Bersama memperjelaskan kenapa kita perlu mengubah landskap politik masa kini. Ini juga jihad.