Sunday, March 13, 2011

Yang Haram tetap Haram dan Jelas Haram


Sabda Rasulullah SAW : "Yang Haram itu jelas", "Yang Halal itu Jelas",

merujuk kepada berita yang disiarkan oleh malaysiakini "Haram loteri: MCA mahu jumpa MB Kelantan", kenapalah dah lama dah mereka tak faham bahawa Yang Haram itu tetap Haram walaupun undang-undang negara kata boleh, tapi ia tetap haram.

MCA kata : parti itu juga mahu menegaskan kepada Nik Abdul Aziz bahawa MCA tidak menggalakkan masyarakat untuk berjudi.

MCA kata lagi : "Judi bukan satu budaya orang Cina... Tapi ini adalah soal kebebasan untuk memilih seperti yang terkandung dalam perlembagaan.

Dia kata lagi : "Kita tidak akan terima nilai yang dikenakan ke atas kita oleh agama lain," katanya lagi.

laman Balaiislamaddin pulak kata :

Negara Malaysia perlembagaannya menyatakan Islam adalah agama rasmi ........... faham tak............. kenapa tak terima nilai agama rasmi negara..... jangan derhaka....

Judikan bukan budaya orang cina : kenapa nak di pertahankan, sepatutnya sokong TGNA untuk hapuskan.

Kawan MCA tak habag kot, kat depa atau satu kepala dengan depa............

Ingatlah : Yang Haram tetap haram jangan menghalalkan yang Allah haramkan....

(Firman Allah : Sesungguhnya Arak, Judi, tenung nasib, sembah berhala adalah sebahagian daripada amalan syaitan, hendaklah kamu jauhi.....)

Tuesday, March 8, 2011

Keajaiban Dalam Al-Quran

Assalamualaikum.....
Lama laman balai islam ad-din menyepi,
bukan apa.... terlalu banyak yang perlu di selesaikan.....
begitulah alasan kita.... saban hari... sedangkan Rasulullah SAW manusia paling sibuk sentiasa sempat beribadat pada awal waktu, memberi nasihat dan renungan pada umat manusia.....
Maka di sini di sisipkan sedikit tazkirah, Maha Benar Kalam Suci mengungkapkan... dan saksikan.... dengan Iman

Surah At-Thur (surah ke 52)

Ayat : 6. dan laut yang di dalam tanahnya ada api,
Ayat : 7. sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi,

Surah An-Naba’ (surah ke 78)

Ayat :7. dan gunung-gunung sebagai pasak?,

Surah Az-Zariyat,( surah ke 51) Ayat:7.

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan[1415],

[1415]. Yang dimaksud adalah orbit bintang-bintang dan planet-planet.

Surah Fussilat, ( Surah ke41) Ayat : 11

Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: “Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa”. Keduanya menjawab: “Kami datang dengan suka hati”.

Surah An-Naba’ (surah ke 78).Ayat :13.

dan Kami jadikan pelita yang amat terang (matahari)