Thursday, December 23, 2010

MAJLIS PENUTUP KELAS FARDHU AIN CUTI SEKOLAH 2010

Pada 22 Disember 2010, Balai Islam Ad-Din telah mengadakan majlis penutup Kelas Fardhu Ain Cuti Sekolah 2010 mulai dengan solat maghrib berjamaah di ikuti dengan penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kelas dimana setiap pelajar dimestikan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dijalankan, terdapat 10 pertandingan yang dijalankan diantaranya pertandingan azan, iqamah, bacaan solat, bacaan doa harian dan lain-lain lagi. Majlis di sempurnakan oleh Pengerusi Balai Islam Ad-Din Tn. Hj. Ishak bin Din dan di serikan lagi dengan kehadiran Tuan Imam Tn. Hj. Said dan timbalannya Tn. Hj. Mansor. Ketika berbicara Tn. Hj. Ishak mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan semua yang telah memberi kerjasama dengan baik diharapkan kerjasama ini berterusan. Seterusnya di adakan solat Hajat dan Ceramah Motivasi. Penceramah motivasi Ust. Khairul Fitri menekankan tiga fokus utama 1. Syukur 2. Solat 3. Taat . Dalam Majlis ini juga di adakan persembahan pelajar dan Penyampaian Saguhati kepada pelajar yang mendapat 5 A UPSR tahun 2010. berikut beberapa keping gambar yang sempat dirakam lensa balaiislamaddin.blogspot :



Seghonoknya dapat hadiah





Ustaz Azmil mengumumkan pemenang

Gambar bawah :

Tn. Hj. Ishak berbaju Biru dan Tuan Hj. Mansor Berjubah putih berehat selepas menjamu selera, Bang Man dan Mat Meli joint sekali


Pak Lang Zakaria dan Tuan Imam Khusuk mendengar ceramah motivasi


Bawah : Ust. Khairul Fitri sedang menyampaikan ceramah motivasi


Gambar atas dan bawah : Pelajar dan ibu bapa tertarik dengan motivasi yang disampaikan


Pelajar puteri sedang khusuk mempersembahkan persembahan



Ini paling penting
Bahagian belakang tabir
Bang Mat, Mat Cop dan Bang Cik Shamsol sedang
bertungkus lumus membersihkan pinggan mangkok
kerja orang tak nampak Tuhan sahaja yang membalas jasa baik tuan.