Monday, September 27, 2010

AL-FATIHAH - ADUN GALAS MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum itu beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

(Gambar Para pemimpin PAS di samping jenazah Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

Pada Ramadan tahun lepas, beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong. Sebelum itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

Dan pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kimoterapi di sebuah hospital di China.

Allahyarham meninggalkan dua balu, Che Bongsu Jusoh dengan tujuh orng anak dan Aida Zakaria pula lima orang anak.

(Gambar: Pulang ke kampung halaman. Jenazah Chek Hashim dibawa dengan ambulan ke Gua Musang untuk dikebumikan)

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.

Bagi timbalannya, Ustaz Nasharudin Mat Isa, pemergian Almarhum adalah kehilangan besar bagi rakyat Kelantan.

"Saya difahamkan, perlibatan Almarhum dengan PAS sejak zaman muda lagi, Almarhum banyak berjasa kepada rakyat. Semoga jasanya berkhidmat di Galas, untuk rakyat Kelantan dirahmati Allah. Bagi kita, sumbangannya akan seperti tinta emas dalam perjuangan kita, PAS," ujarnya yang berada di hospital.

Turut memberi penghormatan ialah naib presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub serta Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DARI BALAI ISLAM AD-DIN


Sunday, September 5, 2010

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN DAN ZAKAT SERTA IFTAR BERSAMA

26 Ramadhan 1431 bersamaan 5 September 2010 diadakan majlis penyampaian bantuan dan zakat untuk pihak yang memerlukan bagi meringankan bebanan yang mereka alami. Antara tetamu yang hadir ialah setiausaha PAS Kawasan Tasek Gelugor, AJK Pas Kawasan Tasek Gelugor. Alhamdulillah Sambutan yang menggalakkan dari penduduk merbau kudung yang bersama-sama bergotong royong menyiapkan majlis berbuka puasa. Penerima bantuan merakamkan ucapan terima kasih atas bantuan yang di berikan. Turut menyampaikan zakat pada majlis tersebut dua buah syarikat iaitu Purnama Indah Enterprise dan Aufa Enginering.